SILAT SENI JATI WARISAN YANG BERKONSEPKAN SILAT UNTUK SEMUA,SILAT TIADA PERBEZAAN,SILAT PENCETUS KEDAMAIAN. LATIHAN YANG DITERAPKAN ADALAH MENGANDUNGI ELEMEN SUKAN SERTA KECERGASAN FIZIKAL DAN MENTAL YANG MELIBATKAN PERGERAKAN, SENAMAN,PERNAFASAN DAN MOTIVASI DIRI
"Hari ini ibubapa melihat latihan silat sbg sesuatu yg kononnya merbahaya kpd anak2 dari segi keselamatan fizikal mahupun dari mentaliti kuno mengatakan silat mengajar ilmu khurafat...
tanpa ibubapa sedar, bahaya yang lebih dasyat adalah jika mereka menghadiahkan gajet2 online spt smartphone dan membiarkan anak2 berkurung didalam bilik...
*apakah yg mereka layari online?
*dengan siapa mereka berkawan secara online?
* Solat kah mereka didalam bilik?
* Membaca Al-Quran kah bersendirian dalam bilik?

Fikir2kan wahai ibubapa semua..

Saturday, 20 April 2013

LOGO BARU SEMPENA PENDAFTARAN BARU DI BAWAH PENDAFTAR PERTUBUHAN

Alhamdulillah..setelah berdoa untuk diberikan ilham dalam menghasilkan logo baru sempena pendaftaran baru dibawah Pendaftar Pertubuhan Malaysia, saya telah berjaya menghasilkan logo yang lebih sempurna dan bermakna kepada pertubuhan ini. Jika sebelum ini harimau kumbang menjadi imej utama logo pertubuhan ini, namun kini saya telah diberi ilham untuk menukarnya sempena mengambil simbolik sejarah Islam iaitu imej bayangan burung ababil yang telah termaktub kisahnya didalam Al-Quran. Burung kecil yang membawa batu kecil berapi menggunakan paruh dan kakinya dalam menghancurkan Tentera Abrahah yang menentang agama Allah. Walaupun ianya burung, perguruan ini tidak menggunakan gerakan silat berasaskan gerakan burung, jangan salah faham kerana simbol ababil itu hanya sebagai simbolik. Mungkin ada yang bertanya kemana hilangnya 'Harimau Kumbang'? Harimau kumbang sentiasa wujud dalam diri pesilat-pesilat ini kerana semua gerakan persilatan adalah berkonsepkan harimau kumbang. Dengan adanya penerangan ringkas ini, diharap semua ahli dapat memahami perjuangan pertubuhan silat ini. Sebagai pengasas, saya hanya menzahirkan setiap ilham yang dipinjamkan oleh Allah kerana setiap saat kemungkinan segala ilham dan ilmu ini akan ditarik balik olehnya. Bersama kita berdoa agar pertubuhan ini sentiasa berjaya dalam usaha menyatupadukan bangsa seterusnya memartabatkan warisan pusaka bangsa.-Pengasas

No comments:

Post a Comment