1. Pengenalan
Menyedari akan kepentingan terhadap
gaya hidup sihat dikalangan masyarakat, idea untuk menubuhkan sebuah kelab
silat dilihat dapat serba sedikit
membantu dalam menjayakan usaha tersebut. Jika pada zaman dahulukala seni silat
yang diagungkan sebagai simbol seni bela masyarakat Melayu, tidak hairanlah
mengapa sehingga kini seni beladiri ini masih dipraktikan oleh masyarakat
Malaysia malah diikitiraf sebagai salah satu sukan diperingkat antarabangsa.
Silat bukan saja menjadi seni beladiri malah dapat mewujudkan rasa cinta pada
seni warisan, menyihatkan tubuh badan dan sentiasa menerapkan nilai-nilai murni
dalam rohani para pengamalnya. Cuma jika pengamal seni silat menganggap silat
adalah untuk kuat, ternyata mereka adalah silap. Objektif untuk mempelajari
seni silat perlu ditanam daripada peringkat awal lagi agar pengamalnya sentiasa
berasa rendah diri dan mengamalkannya untuk kebaikan. Oleh kerana itulah Kelab
Silat Seni Jati Warisan ditubuhkan supaya menjadi sebuah institusi seni silat
yang bukan hanya mengajar penuntutnya bersilat malah mendidik kerohanian dan
mental mereka.
Pada
permulaannya aktiviti silat diletak dibawah Akademi Pencak Silat Nusantara
Resources iaitu sebuah akademi yang berdaftar dibawah Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM). Namun, bagi mengembangkan lagi sukan seni silat ini, Pengasas
telah berusaha mendapatkan pengiktirafan
dan sokongan kerajaan agar impian untuk memartabatkan sukan silat ini tercapai.
Alhamdulillah, tanggal 5 Julai 2012, permohonan untuk mendaftarkan kelab silat
ini di Pesuruhjaya Sukan Malaysia telah berjaya diluluskan setelah melalui
penilaian yang ketat. Ini bermakna silat ini dikenali sebagai KELAB SUKAN SILAT SENI JATI WARISAN
(NO PENDAFTARAN: 5623/2012 ) dan mendapat pengiktirafan daripada Kementerian
Belia Dan Sukan Malaysia. Jadi semua pihak tidak perlu risau tentang aktiviti yang
dijalankan oleh kelab untuk ahli-ahli kerana setiap latihan,perlembagaan dan
aktiviti dipantau oleh PESURUHJAYA SUKAN MALAYSIA malah semua ahli berpeluang
menjadi atlet sukan silat dimasa depan kerana silat ini mengutamakan latihan
kecergasan fizikal dan mental dan bukannya berunsur tahyul mahupun khurafat..
2. Visi
Menjadi pusat
latihan, pembelajaran, penyelidikan dan pembangunan seni silat pada tahun 2020.
3. Misi
Menjadi
sebuah akademi silat moden dengan jumlah keahlian seramai 200 orang pada tahun
2014.
4. Tujuan
Berikut
adalah 4 faktor yang menjadi tujuan
utama penubuhan akademi ini.
4.1. Menyambung
kesinambungan seni silat warisan bangsa Melayu.
4.2. Membantu
masyarakat kearah hidup yang sihat dan positif dengan mengikuti latihan silat.
4.3. Memupuk
perpaduan dikalangan ahli.
4.4 Memupuk
sifat mencintai Agama, Negara, Bangsa dan Ibubapa.
5. Syarat-syarat menjadi penuntut adalah seperti berikut :
5.1. Warganegara
terbuka.
5.2. Semua
bangsa dan agama diterima untuk menjadi penuntut.
5.3. Berumur
5 tahun keatas.
5.3.1. 5-12
tahun : Kanak-kanak.
(Perlu isi borang kebenaran Ibubapa/penjaga)
5.3.2. 13-17
tahun : Remaja.
(Perlu isi borang kebenaran Ibubapa/penjaga)
5.3.3 18
tahun keatas : Dewasa.
5.4. Sihat
tubuh badan dan fizikal.
6. Yuran yang perlu dijelaskan oleh
penuntut adalah seperti berikut :
BIL
|
JENIS KEAHLIAN
|
YURAN PENDAFTARAN
|
YURAN TAHUNAN
|
BULANAN
|
1
|
Ahli Individu
|
RM20.00
|
RM15.00
|
RM10.00
|
2
|
Ahli Remaja
|
RM15.00
|
RM10.00
|
RM10.00
|
3
|
Ahli Kehormat
|
Percuma
|
Percuma
|
Percuma
|
7. Kaedah latihan:
7.1. Praktikal.
7.2. Teori.
8. PERINGKAT SELEMPANG PELAJARAN
Pelajaran
didalam Silat seni Jati Warisan menitikberatkan asas pertahanan diri
yang releven dan kepantasan. Tiada kuncian dan lebih dikenali sebagai ‘combat
self-defence ’ataupun ‘street fight’. Penuntut akan dilatih menggunakan teknik
menangkis dan menyerang bermula dengan latihan tangan,kaki dan senjata. Dengan
kaedah yang mudah difahami, penuntut akan menjalani pembelajaran lebih teratur
dan tahu sasaran untuk menjalani ujian kenaikan peringkat. Setelah lulus ujian,
penuntut akan dianugerahkan pemakaian Selempang di bahu bersama bengkong
dipinggang. Selempang dibahu akan dipakai didalam upacara rasmi dan bengkong dipinggang
pula wajib dipakai semasa latihan silat.
1. Peringkat 1: Selempang Wira Muda(kuning).
-
Tempoh pembelajaran dan latihan selama 6bulan. Jika lulus ujian, penuntut akan
melanjutkan latihan ke
peringkat kedua. Pada peringkat ini,
penuntut akan dilatih asas tangkisan, asas serangan
menggunakan tangan dan kaki dan asas senaman. Peringkat ini amat penting kepada
penuntut untuk memahirkan diri
supaya mudah apabila keperingkat seterusnya.
2. Peringkat 2 : Selempang Wira Bentara (hijau).
-
Tempoh pembelajaran dan latihan selama 6bulan. Jika lulus ujian, penuntut akan
melanjutkan latihan ke
peringkat ketiga dan layak menjalani ujian pembantu jurulatih jika berminat.
Pada peringkat
ini, penuntut akan dilatih teknik ketangkasan pertahanan dan serangan
.
3. Peringkat 3 : Selempang Wira Jati Tahap I(merah cula 1).
-
Tempoh pembelajaran dan latihan selama 6-8 bulan. Jika lulus ujian, penuntut
akan melanjutkan latihan ke peringkat
keempat. Pada peringkat ini, penuntut
akan dilatih asas senjata. Pada
peringkat ini,penuntut sudah layak dan matang untuk mempelajari senjata-senjata asas seperti tongkat pendek, tongkat panjang dan pisau.
4. Peringkat 4 : Selempang Wira Jati Tahap II( merah cula 2)
.
-
Tempoh pembelajaran dan latihan selama 6 bulan. Jika lulus ujian, penuntut akan
melanjutkan latihan ke peringkat
kelima. Pada peringkat ini, penuntut
akan dilatih lanjutan senjata
seperti keris dan parang. Pada peringkat ini,penuntut sudah layak menjalani
kursus jurulatih muda selama 2
bulan jika berminat.
5. Peringkat 5 : Selempang Wira Jati Tahap III(merah cula 3).
-
Tempoh pembelajaran dan latihan selama 6 bulan. Jika lulus ujian, penuntut akan
melanjutkan latihan ke peringkat
keenam. Pada peringkat ini, penuntut
akan dilatih untuk memperkemaskan
kemahiran persilatan dan pengurusan gelanggang. Penuntut pada tahap ini juga akan membantu dalam pengurusan
ujian bagi penuntut asas.asas senjata.
6. Peringkat 6 : Selempang Wira Laksamana Perang (hitam kosong)-
terdapat 5 peringkat kepakaran.
-
Tempoh pembelajaran dan latihan selama 6 bulan. Jika lulus ujian, penuntut akan
melanjutkan latihan ke peringkat
ketujuh. Pada peringkat ini, penuntut
akan menjalani kursus jurulatih
kanan. Penuntut juga akan bertanggungjawab dalam barisan penguji apabila ujian peringkat diadakan.
7. Peringkat 7 : Selempang Wira Agung (hitam cula merah).
-
Peringkat tertinggi dalam perguruan ini. Pada peringkat ini, penuntut akan
menjalani kursus kepimpinan, motivasi
dan adat istiadat Melayu.
Bertindak sebagai penasihat kepada majlis jurulatih
dan bersama melaksanakan kajian dan pembangunan kelab
.
9. Penutup
Semoga dengan paparan ringkas
didalam nota ini dapat menjadi garis panduan dalam menentukan halatuju
penubuhan KSSJW. Dengan mengamalkan kaedah pengurusan yang sistematik dan tidak
komplikated, kami yakin dapat memberikan impak positif kepada masyarakat
Malaysia. Dengan nilai yuran yang terlalu rendah sudah cukup membuktikan bahawa
pihak akademi tidak mencari keuntungan semata-mata tetapi sekadar untuk bayaran
upah kepada tenaga pengajar.
No comments:
New comments are not allowed.