SILAT SENI JATI WARISAN YANG BERKONSEPKAN SILAT UNTUK SEMUA,SILAT TIADA PERBEZAAN,SILAT PENCETUS KEDAMAIAN. LATIHAN YANG DITERAPKAN ADALAH MENGANDUNGI ELEMEN SUKAN SERTA KECERGASAN FIZIKAL DAN MENTAL YANG MELIBATKAN PERGERAKAN, SENAMAN,PERNAFASAN DAN MOTIVASI DIRI
"Hari ini ibubapa melihat latihan silat sbg sesuatu yg kononnya merbahaya kpd anak2 dari segi keselamatan fizikal mahupun dari mentaliti kuno mengatakan silat mengajar ilmu khurafat...
tanpa ibubapa sedar, bahaya yang lebih dasyat adalah jika mereka menghadiahkan gajet2 online spt smartphone dan membiarkan anak2 berkurung didalam bilik...
*apakah yg mereka layari online?
*dengan siapa mereka berkawan secara online?
* Solat kah mereka didalam bilik?
* Membaca Al-Quran kah bersendirian dalam bilik?

Fikir2kan wahai ibubapa semua..

Tuesday, 19 February 2013

Silat: Menjejak Warisan Bangsa Di Bumi Mahsuri

Makam Purba Bercirikan Acheh yang di dakwa Makan Sebenar Mahsuri



Baru-baru ini, ketika saya dijemput mengendalikan Kursus Modul Kepimpinan SUKSIS UKM 2013 di Langkawi, saya berpeluang untuk melawat sebuah galeri di Ulu Melaka.
Agak mengejutkan kerana saya sering ke Langkawi atas urusan kerja tapi tak pernah tahu kewujudan galeri ini.


Galeri Warisan ini mengumpulkan senjata & barangan antik. malah dikatakan lembing yang mencabut nyawa Mahsuri disimpan disini.
juga ditempatkan di galeri ini keris sepanjang 7 kaki dan topi yang dikatakan digunakan oleh panglima-panglima Laksamana Cheng Ho ketika pelayarannya ke Tanah Melayu..


Galeri ini dikendalikan oleh Ahmad Yahya yang kini dh mencecah usia 78 tahun.
beliau mula mengumpul barangan antik sejak 60 tahun lalu & merupakan seorang tukang yang hebat. 


Bersama Tok Wan, Pemilik Galeri Warisan




Masuk ke galeri ini seolah-olah berada di dunia yang berbeza.

pengunjung akan dapat melihat hasil kreativiti Tok Wan Mat dari seni ukuran kayunya hinggalah kereta kancil yang diubahsuai menjadi buggy.



tak lengkap juga kunjungan ke galeri tersebut tanpa mendengar cerita dari orang lama mengenai sejarah langkawi & salah satu versi Mahsuri yang membawa ke penemuan Lembing Mahsuri..

Senjata yang dikatakan lembing yang membunuh Mahsuri
(sarung & hulu parang sengaja dibuat berbentuk  parang)


Koleksi Barangan Antik Dan Senjata Purba

Pada saya, ini adalah warisan kita yang patut kita pulihara & pelihara..

menjadi tanggungjawab pengamal silat untuk memastikan warisan bangsa ini dapat di pertahankan.. siapa yang akan mempertahankan tinggalan bangsa kalau bukan anak bangsa itu sendiri.
saya juga berharap agar kita sebagai pengamal seni silat sama-sama berkongsi maklumat mengenai penemuan-penemuan seperti ini.

Koleksi Barangan Antik Dan Senjata Purba

Koleksi Barangan Antik Dan Senjata Purba
(Keris 7 Kaki Panjang)

Topi Perang Laksamana Cheng Ho

MOHD SHUKRY BIN ROSLAN

Penulis adalah MasterTrainer bagi MindFocus Resources & Penceramah untuk Biro TataNegara sejak 2004
Penulis juga aktif memberikan ceramah dan motivasi kepada Badan Korporat, Institusi Pengajian Tinggi, Belia & NGO.

Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Post a Comment