Semasa zaman kanak-kanak, beliau telah merantau mengikut keluarga kemerata tempat dan ini telah membantu beliau untuk menimba pelbagai pengalaman hidup. Mendapat pendidikan awal di Sek Ren Keb Ibrahim Sg Petani Kedah sebelum bertukar ke Sek Keb Felda Kepis Negeri Sembilan dan mengakhiri tahap sekolah rendah di Sek Ren Keb Jln 10 Petaling Jaya Selangor pada tahun 1994. Beliau seterusnya memasuki alam persekolahan menengah di SMK Taman SEA Petaling Jaya pada 1995 dan berjaya memasuki Sek Men Teknik Kajang pada tahun 1998.
Beliau mula melibatkan diri dengan
ilmu persilatan secara tidak formal dari rakan-rakan semasa zaman kanak-kanak. Pertubuhan silat
pertama yang disertai oleh beliau ialah Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia dan
Pusaka Gayong pada tahun 1994 di beberapa gelanggang merata tanahair. Beliau
tidak pernah jemu untuk terus berguru dalam memperlengkapkan diri sebagai
seorang pewaris seni warisan apabila diterima menjadi anak perguruan Tapak Lima
Harimau Kumbang oleh Guru Tua dari Kuang Selangor sebelum menyertai Pertubuhan
Silat Seni Culasimanjakini di Kepong Selangor.