Sebagai pengamal seni silat, saya sering diasak cerita-cerita tentang kehebatan Hang Tuah & Hang Jebat. Tak kurang pula yang bertanya tentang pendekar-pendekar yang sangat hebat dan kadang kala sukar diterima akal pada pemikiran manusia zaman moden ini.
Malah hari ini kita masih lagi mendengar perguruan-perguruan yang mengkaitkan aliran mereka dengan pendekar-pendekar malah ada yang tanpa segan silu mengatakan mereka adalah aliran Hang Tuah ataupun Hang Jebat.
Lebih menyedihkan lagi apabila perguruan-perguruan ini lebih gemar meninggikan perguruan mereka dan merendah-rendahkan perguruan lain.
Natijahnya, timbul riak dan takbur dikalangan pengamal persilatan. Berlaku iri hati dikalangan perguruan. Para pengamal persilatan lebih suka melihat perguruan lain mati dan tenggelam kerana akan kurang saingan.
Silat adalah Seni Beladiri orang Melayu. Melayu di Malaysia adalah beragama Islam. Orang Melayu penuh dengan adat dan adat orang Melayu mestilah bersendikan Syarak.
Orang Melayu tidak boleh lari dari Islam dan siapakah lagi Ikon terbaik Umat Islam selain Junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.
Tapi berapa banyakkah perguruan yang menekankan keperibadian Rasulullah s.a.w berbanding kehebatan Hang Tuah, Hang Jebat dan Pendekar-pendekar yang hebat dan kuat?
Berapa ramaikah guru-guru silat yang meluangkan masa untuk mengumpulkan anak buah mereka bagi menyambut sambutan Maulidur Rasul? atau sekadar bercakap tapi tidak bertindak?
Pada pandangan peribadi saya, seni silat adalah seni yang hebat dan mampu untuk membentuk seorang Melayu beragama Islam yang menghayati Bangsa serta Agama jika di bawa kejalan yang betul. Siapa lah lagi yang memikul tanggungjawab ini selain daripada orang silat itu sendiri.
tahniah kepada Anak-anak Silat Seni Jati Warisan atas komitmen dan pengorbanan masa serta tenaga dalam perarakan Maulidur Rasul Peringkat Seksyen 7, Kota Damansara.
"Tanggal 12 Rabiulawal merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Kedatangan Nabi Muhammad merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini. Manusia pada saat itu berada dalam kekufuran, kegelapan syirik, tidak mengenal pencipta mereka.
Pada masa tersebut, penyembahan terhadap berhala-berhala adalah merupakan satu penghormatan, perzinaan adalah suatu kebanggaan, mabuk dan berjudi berleluasa, merompak serta membunuh adalah suatu keberanian.
Sehubungan ini Allah mengutus seorang Rasul yang ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua kerosakan ini dan membawanya kepada cahaya Ilahi.
Menghayati Perjuangan Nabi
Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun menuntut kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat. Selain itu, nabi Muhammad juga amat dikenali sebagai seorang yang suka menghubungkan silaturrahim, menolong orang yang dalam kesusahan, membantu anak yatim dan ibu tunggal, seorang yang pemurah dan sebagainya. [Sambungan]"
petikan dari Kementerian Penerangan Malaysia
Mohd Shukry Bin Roslan
Penulis adalah MasterTrainer bagi MindFocus Resources.
Juga merupakan Penceramah untuk Biro Tatanegara sejak 2004.
Aktif menyampaikan ceramah & motivasi kepada Organisasi Awam, korporat, NGO, Pertubuhan Belia & Pelajar diseluruh negara.
No comments:
Post a Comment