Baru-baru ini disebuah kursus anjuran Pesuruhjaya Sukan yang menghimpunkan kelab-kelab sukan baru dari seluruh Selangor, saya berkesempatan untuk bertemu dengan pengasas kelab-kelab dan pertubuhan sukan yang hebat. Dari kelab sukan futsal, bola baling, bola tampar, bola sepak hinggalah sukan extreme seperti paragliding & menyelam.
Malah banyak kelab seni beladiri yang kini berdaftar dibawah Pesuruhjaya Sukan seperti Silat Gayong RELA, Silat Gayong Fatani malah Persatuan Karate-Do Shito Ryu juga menghantar wakil mereka ke kursus ini..
Terasa kerdil diri ini kerana dikelilingi oleh Datuk-Datuk dan mereka yang hebat dalam bidang pengurusan sukan. Ye lah.. Siapa lah saya ni.. Sekadar wakil pengasas Silat Jati Warisan yang tidak dapat hadir atas urusan kerja..
Sudah lumrah apabila berkumpul, akan keluar soalan-soalan cepu emas yang ditanyakan sesama sendiri.. Soalan-soalan seperti "antara silat dengan karate, mana yang bagus?" atau "kenapa silat tak bagus macam taekwondo?". Atau soalan yang lebih rumit lagi bila ditanya "antara silat awak dengan silat lain, mana yang lebih hebat??"
Soalan-soalan seperti ini adalah soalan biasa yang akan dihadapi oleh seorang pengamal senibeladiri apatah lagi seorang pengamal silat. Ada kalanya soalan seperti ini jika ditanya tak kena masa dan tempat akan dijawab dalam nada marah & sinis..
Sebagai seorang pengamal beladiri, kita semestinya mahu mengatakan beladiri kita lebih bagus dari yang lain kerana kecintaan kita pada seni bangsa, begitu juga bila ditanya mengenai aliran manakah lebih bagus..
Tetapi benarkah jawapan kita?
Benarkah silat itu lebih bagus dari seni beladiri lain? Benarkah silat yang kita pelajari adalah lebih hebat dan baik dari aliran silat lain?
Saya sering melihat apabila memberikan jawapan yang "memenangkan" aliran ataupun seni beladiri kita, seseorang itu akan secara tidak boleh tidak untuk merendah-rendahkan seni beladiri ataupun aliran lain kerana jawapan kita mestilah berniat untuk menunjukkan kelebihan kita..
Tapi kita lupa, jika benar aliran kita lebih baik kenapa kita tidak mampu menarik ramai dari seni beladiri dan aliran lain untuk mempelajari silat kita?
Jika benar silat lebih hebat dari seni beladiri lain, kenapa lebih ramai orang luar negara memilih seni beladiri luar berbanding silat?
"Jika benar kita lebih hebat dari orang lain, mengapa gelanggang silat kebanyakannya di tepi-tepi padang bola, di tepi-tepi padang permainan malah ada yang bertukar-tukar tempat latihan setiap minggu.. Dan jika kita hebat, mengapa silat dipandang remeh oleh masyarakat berbanding taekwondo, karate-do dan wushu hinggakan yuran liat dibayar walaupun jauh lebih murah dari seni beladiri lain?"
Jika suatu masa dahulu, mungkin jawapan itu akan menarik orang untuk menyertai perguruan kita dan menaikkan imej satu-satu perguruan. Tapi adakah masih relevan cara itu?
Dulu zaman dimana siapa gagah akan berjaya maka mana-mana perguruan yang menunjukkan kegagahan mereka termasuklah menunjukkan mereka lebih hebat dari aliran lain akan semestinya menjadi pilihan.
Tapi kini situasi sudah berubah, hari siapa yang mampu menjadikan perguruan sebagai medium mendisiplinkan diri dan menanam nilai-nilai baik seperti berkeyakinan diri, berketerampilan, menghormati orang lain, mampu mengadaptasi diri dengan situasi dan persekitaran pada pengamalnya akan menjadi pilihan kerana fungsi seni beladiri juga sudah berubah mengikut zaman hari ini.
Kini bukan lagi zaman kuat akan menang, kini zaman siapa yang bijak mengambil peluang akan berjaya, mereka yang tahu menyesuaikan diri dengan cepat akan kehadapan, mereka yang tak takut mencuba akan bermasa depan cerah.
Bila ditanya kepada saya soalan-soalan cepu emas ini, saya memilih untuk memuji seni beladiri serta aliran lain & mengakui saya belajar dari kejayaan dan tak ketinggalan kelemahan mereka. Harapannya supaya tidak akan menyinggung mana-mana pihak dan sudah pasti akan disenangi semua..
Bak kata pepatah, "Ular Menyusur Dibawah Akar Tidak Akan Hilang Bisanya"
Mohd Shukry Bin Roslan
Penulis adalah MasterTrainer bagi MindFocus Resources.
Juga merupakan Penceramah untuk Biro Tatanegara sejak 2004.
Aktif menyampaikan ceramah & motivasi kepada Organisasi Awam, korporat, NGO, Pertubuhan Belia & Pelajar diseluruh negara.
Published with Blogger-droid v2.0.9
Bro seni bela diri ni adalah satu benda dicipta dalam bentuk kemahiran, kecekapan dan kepantasan dan kebijaksanaan akal untuk menjadi The One kene selalu berlatih jadi pendek ceritanya takde mane pun seni bela diri boleh dianggap paling baik ...banyak situasi kita boleh buat sbg cth :-
ReplyDeleteBelajar Silat Paling Hebat ape jelah name silat tu then lawan musuh yang amalkan Taek Kwan Do lepas lawan budak silat tu kalah akibat kurang stamina dan letih so mane hilangnye jenama silat paling hebat tu last2 kalah kan.
Budak belajar Taek Kwan Do paling hebat lawan dengan Budak Silat paling hebat akhirnya budak Taek Kwan Do kalah akibat kebijaksanaan budak silat mengatur langkah dan strategi so mane hilangnye Taek Kwan Do Paling hebat tadi kalah sebab serang tak guna akal.
Daripada situasi diatas kita boleh nampak kurang latihan dan stamina serta tidak menggunakan akal akan menyebabkan kita kalah dalam pertarungan so walaupun kita belajar seni apa sekali pun yang menggelarkan diri seninya adalah terbaik tapi klu pengamalnya takda 3 elemen yang aku cakap tadi pasti kalah punya.. percayalah so jgn pening lagi2 pikir ambik ni jadikan pedoman.
Dan situasi last aku nak bagi tau seorang budak yang memang hebat bertarung, rajin berlatih memang mahir dan cekap serta pantas lagi bijak mengatur serangan dan langkah bertindak juga guna akal seni bela diri dia kita lupakan je namanye tak penting, so dia nak lawan dengan seorang tua kurang stamina dan pergerakkan terbatas akibat usia ,ending nye orang tua tu menang, sebab apa? Sebab budak tu buka langkah orang tua tu tak bergerak pun dia pasung budak tu secara batiniah lepas tu budak tu muntah darah rebah dan kalah.
Ha..ha nampak tak permainannya klu hebat mana sekali pun seni kau , pandai mana pun kau susun langkah , atau pantas macam kilat sekali pun last2 kau tumbang juga sebab hari ni kau mungkin ada RM10.00 modal dalam poket tapi musuh kau ade RM50.00 modal mau kau tak tumbang faham tak bahasa kiasan aku.
Jadi kesimpulanya bro jawapan paling baik klu orang tanya pasal silat bagus ke tak jawab Bergantung Pada diri kaulah dik rajin berlatih cekap pantas dan bijak serta tidak menyombong diri riak n takbur pasti kau akan hebat tapi klu tidaksebaliknye lah .....Assamualaikum
Silat takkan hebat tanpa amalan,praktikal dan fokus
ReplyDelete