SILAT SENI JATI WARISAN YANG BERKONSEPKAN SILAT UNTUK SEMUA,SILAT TIADA PERBEZAAN,SILAT PENCETUS KEDAMAIAN. LATIHAN YANG DITERAPKAN ADALAH MENGANDUNGI ELEMEN SUKAN SERTA KECERGASAN FIZIKAL DAN MENTAL YANG MELIBATKAN PERGERAKAN, SENAMAN,PERNAFASAN DAN MOTIVASI DIRI
"Hari ini ibubapa melihat latihan silat sbg sesuatu yg kononnya merbahaya kpd anak2 dari segi keselamatan fizikal mahupun dari mentaliti kuno mengatakan silat mengajar ilmu khurafat...
tanpa ibubapa sedar, bahaya yang lebih dasyat adalah jika mereka menghadiahkan gajet2 online spt smartphone dan membiarkan anak2 berkurung didalam bilik...
*apakah yg mereka layari online?
*dengan siapa mereka berkawan secara online?
* Solat kah mereka didalam bilik?
* Membaca Al-Quran kah bersendirian dalam bilik?

Fikir2kan wahai ibubapa semua..

Tuesday, 29 January 2013

NAK HADIAH????

SEBUT PASAL HADIAH...SAPER YANG X NAK..!!!!BETUL X!!! Jati Warisan nak bagi hadiah misteri kepada 50 orang pertama kawan2 FB yang klik jadi FOLLOWER kepada blog ni.TUJUANNYA adalah untuk memperluaskan kenalan disamping menjalin silaturahim dengan rakan2 FB walaupun anda bukan ahli silat jati warisan..sila klik jadi FOLLOWER kemudian emailkan NAMA, NO TEL, UMUR dan ALAMAT kepada kami...emailkan ke jati.warisan@gmail.com atau susah2 sangat just taip kt ruangan komen disebelah kanan blog, ianya akan terus dihantar ke email kami..Hadiah anda akan kami pos...jgn risau anda x rugi apa2 pun sebab kami bg FREE!!! So cepat!-PENGASAS

Coretan Dari Hati Pengasas Jati Warisan


sementara menemani isteri dan anak tercinta dalam wad, saya corakcoretkan apa saja dalam minda utk dikongsi...mungkin design2 ni utk buat baju gelanggang kot...silat ni kena jiwai..kalau x dijiwai maka pesilat itu separuh jln la jawabnya...salammmmmm....-pengasas

Monday, 28 January 2013

SILAT: Sejauh Mana Kita Menghayati Keperibadian Rasulullah s.a.w




Sebagai pengamal seni silat, saya sering diasak cerita-cerita tentang kehebatan Hang Tuah & Hang Jebat. Tak kurang pula yang bertanya tentang pendekar-pendekar yang sangat hebat dan kadang kala sukar diterima akal pada pemikiran manusia zaman moden ini.

Malah hari ini kita masih lagi mendengar perguruan-perguruan yang mengkaitkan aliran mereka dengan pendekar-pendekar malah ada yang tanpa segan silu mengatakan mereka adalah aliran Hang Tuah ataupun Hang Jebat.

Lebih menyedihkan lagi apabila perguruan-perguruan ini lebih gemar meninggikan perguruan mereka dan merendah-rendahkan perguruan lain.

Natijahnya, timbul riak dan takbur dikalangan pengamal persilatan. Berlaku iri hati dikalangan perguruan. Para pengamal persilatan lebih suka melihat perguruan lain mati dan tenggelam kerana akan kurang saingan.

Silat adalah Seni Beladiri orang Melayu. Melayu di Malaysia adalah beragama Islam. Orang Melayu penuh dengan adat dan adat orang Melayu mestilah bersendikan Syarak. 

Orang Melayu tidak boleh lari dari Islam dan siapakah lagi Ikon terbaik Umat Islam selain Junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

Tapi berapa banyakkah perguruan yang menekankan keperibadian Rasulullah s.a.w berbanding kehebatan Hang Tuah, Hang Jebat dan Pendekar-pendekar yang hebat dan kuat?

Sunday, 27 January 2013

Hari yang membakar semangat




               Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini merupakan hari yang bersejarah dan penuh bermakna bagi saya sebagai Pengasas Silat Seni Jati Warisan. Putera kedua saya selamat dilahirkan pada jam 2.28pagi 25 jan 13 di hospital angkatan tentera Tuanku Mizan K.Lumpur. Putera ini lahir sehari selepas hari kelahiran Rasulullan SAW. Namun yang membuatkan saya bersemangat dalam menyatupadukan anak2 Melayu didalam silat apabila mengikuti perarakan Maulidur Rasul anjuran Persatuan Penduduk Pangsapuri Sek 7 Kota Damansara pagi tadi(27 Jan 13)..Disaat saya perlu menjaga isteri dan putera baru di wad, saya gagahkan juga selepas Subuh bermotosikal menuju ke tapak perarakan. Alangkah tersentuh hati apabila anak-anak Jati warisan sudah bersedia berseragam silat untuk berarak memperingati junjungan besar kita. Apa tidaknya, baru semalam Kimi iaitu anak murid silat saya menyebarkan SMS kepada semua ibubapa ahli Jati Warisan untuk maklumkan perarakan ini. Walaupun anak2 ini tidak ramai dan masih kecil, saya tetap berbangga kerana mereka mempunyai semangat juang yang tinggi. Sebagai guru, saya berjanji akan terus berusaha agar anak-anak ini terus dididik dengan adab sopan seni budaya Melayu. Tetapi, aliran darah pemimpin yang mengalir dalam tubuh badan saya kini telah mula menyerap kedalam tubuh putera sulung iaitu Muhammad Adam Taufek yang kini berumur 5tahun. Dengan bersemangat mengetuai barisan hadapan kumpulan silat Jati Warisan dalam perarakan ini. Rupanya dia tahu papanya sibuk mahu uruskan mama dan adik di hospital dan seperti menyedarinya, Adam dengan berani berdiri dihadapan menggantikan saya. Saya menyeru kepada semua ibubapa, berikan peluang kpd anak2 utk mengenali apa itu silat melayu, apa itu adab sopan melayu, apa itu seni budaya melayu dan apa sebenarnya perjuangan melayu..daftarkan mereka bersama saya dalam SILAT SENI JATI WARISAN. Insaya Allah....

Ihklas dari pengasas,
Kapten Hasrul@shiro69z@abg boy













Thursday, 3 January 2013

Silat : Perguruan Mana Yang Lebih Hebat



Baru-baru ini disebuah kursus anjuran Pesuruhjaya Sukan yang menghimpunkan kelab-kelab sukan baru dari seluruh Selangor, saya berkesempatan untuk bertemu dengan pengasas kelab-kelab dan pertubuhan sukan yang hebat. Dari kelab sukan futsal, bola baling, bola tampar, bola sepak hinggalah sukan extreme seperti paragliding & menyelam.

Malah banyak kelab seni beladiri yang kini berdaftar dibawah Pesuruhjaya Sukan seperti Silat Gayong RELA, Silat Gayong Fatani malah Persatuan Karate-Do Shito Ryu juga menghantar wakil mereka ke kursus ini.. 

Terasa kerdil diri ini kerana dikelilingi oleh Datuk-Datuk dan mereka yang hebat dalam bidang pengurusan sukan. Ye lah.. Siapa lah saya ni.. Sekadar wakil pengasas Silat Jati Warisan yang tidak dapat hadir atas urusan kerja..


Sudah lumrah apabila berkumpul, akan keluar soalan-soalan cepu emas yang ditanyakan sesama sendiri.. Soalan-soalan seperti "antara silat dengan karate, mana yang bagus?" atau "kenapa silat tak bagus macam taekwondo?". Atau soalan yang lebih rumit lagi bila ditanya "antara silat awak dengan silat lain, mana yang lebih hebat??"