SILAT SENI JATI WARISAN YANG BERKONSEPKAN SILAT UNTUK SEMUA,SILAT TIADA PERBEZAAN,SILAT PENCETUS KEDAMAIAN. LATIHAN YANG DITERAPKAN ADALAH MENGANDUNGI ELEMEN SUKAN SERTA KECERGASAN FIZIKAL DAN MENTAL YANG MELIBATKAN PERGERAKAN, SENAMAN,PERNAFASAN DAN MOTIVASI DIRI
"Hari ini ibubapa melihat latihan silat sbg sesuatu yg kononnya merbahaya kpd anak2 dari segi keselamatan fizikal mahupun dari mentaliti kuno mengatakan silat mengajar ilmu khurafat...
tanpa ibubapa sedar, bahaya yang lebih dasyat adalah jika mereka menghadiahkan gajet2 online spt smartphone dan membiarkan anak2 berkurung didalam bilik...
*apakah yg mereka layari online?
*dengan siapa mereka berkawan secara online?
* Solat kah mereka didalam bilik?
* Membaca Al-Quran kah bersendirian dalam bilik?

Fikir2kan wahai ibubapa semua..

Thursday, 19 July 2012

Ujian Selempang Wira Muda.






Pada 15hb Julai 2012 jam 9 pagi 11 orang pesilat dari Gelanggang Seni Warisan Kota Damansara telah melalui ujian Selempang Wira Muda. 


Ujian Selempang Peringkat Rendah ini adalah Ujian Formal pertama bagi Kelab Silat Seni Jati Warisan yang baru ditubuhkan.


pesilat-pesilat dari awal pagi lagi telah berkumpul di Gelanggang dan bersedia untuk diuji.. semangat yang ditunjukkan oleh generasi muda ini menaikkan semangat para penguji yang rata-ratanya berpengalaman dalam bidang persilatan dan latihan..


diakhir ujian, pesilat mendapat suntikan motivasi melalui aktiviti gerakkerja berkumpulan. ini dapat membantu mereka dalam membentuk keperibadian dan kekuatan diri serta semangat berpasukan..



alhamdulillah.. kesemua 11 pesilat yang mengambil ujian selempang ini lulus dengan baik dan cemerlang..


diharapkan dengan ujian ini dapat memberikan pengalaman kepada pesilat-pesilat tentang tatacara ujian serta   sebagai penyuntik semangat kepada mereka..

No comments:

Post a Comment