SILAT SENI JATI WARISAN YANG BERKONSEPKAN SILAT UNTUK SEMUA,SILAT TIADA PERBEZAAN,SILAT PENCETUS KEDAMAIAN. LATIHAN YANG DITERAPKAN ADALAH MENGANDUNGI ELEMEN SUKAN SERTA KECERGASAN FIZIKAL DAN MENTAL YANG MELIBATKAN PERGERAKAN, SENAMAN,PERNAFASAN DAN MOTIVASI DIRI
"Hari ini ibubapa melihat latihan silat sbg sesuatu yg kononnya merbahaya kpd anak2 dari segi keselamatan fizikal mahupun dari mentaliti kuno mengatakan silat mengajar ilmu khurafat...
tanpa ibubapa sedar, bahaya yang lebih dasyat adalah jika mereka menghadiahkan gajet2 online spt smartphone dan membiarkan anak2 berkurung didalam bilik...
*apakah yg mereka layari online?
*dengan siapa mereka berkawan secara online?
* Solat kah mereka didalam bilik?
* Membaca Al-Quran kah bersendirian dalam bilik?

Fikir2kan wahai ibubapa semua..

Monday, 30 July 2012

BERPUASA BUKAN HALANGAN

29 JUL 2012- Latihan dijalankan seperti biasa dan dihadiri oleh ahli yang bersemangat. Ternyata berpuasa bukanlah alasan atau halangan untk bergiat aktif dalam sukan silat. Corak latihan diubah mengikut kesesuaian bulan puasa. Antara latihan ketahanan yang dijalankan adalah sperti berikut:
1. Senaman pinggan dan kaki.
2. Senaman tari nafas.
3. Latihan ketangkasan tangan peringkat 
4. Lompatan.
 










Sunday, 29 July 2012

MAJLIS BERBUKA PUASA SEMPENA ULANGTAHUN KELAHIRAN KE4 MUHD ADAM TAUFEK (PUTERA PENGASAS)

MAJLIS BERBUKA PUASA SEMPENA ULANGTAHUN KELAHIRAN KE4 MUHD ADAM TAUFEK (PUTERA PENGASAS)













28 JUL 12- Bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim diantara anak2 gelanggang, pengasas telah menjemput semua ahli utk bersama berbuka puasa sempena ulangtahun kelahiran puteranya. Bukan hanya berbuka puasa malah pengasas juga mengimamkan solat maghrib berjemaah. Ini adalah usaha dalam mendidik pesilat agar menjadi seorang yang bertaqwa.

Tuesday, 24 July 2012

Berpuasa Tak Halang Untuk Jadi Cergas


Latihan Silat masih di jalankan seperti biasa tetapi di buat pada sebelah petang jam 5 pada hari ahad...



ini bagi memastikan kecergasan pesilat-pesilat ditahap optimum dan membolehkan mereka merasai sedikit pengalaman bagaimana atlet sukan berpuasa dan dalam masa yang sama mempersiapkan diri untuk pertandingan-pertandingan yang bakal menjelma.. 

Thursday, 19 July 2012

Ujian Selempang Wira Muda.






Pada 15hb Julai 2012 jam 9 pagi 11 orang pesilat dari Gelanggang Seni Warisan Kota Damansara telah melalui ujian Selempang Wira Muda. 


Ujian Selempang Peringkat Rendah ini adalah Ujian Formal pertama bagi Kelab Silat Seni Jati Warisan yang baru ditubuhkan.


pesilat-pesilat dari awal pagi lagi telah berkumpul di Gelanggang dan bersedia untuk diuji.. semangat yang ditunjukkan oleh generasi muda ini menaikkan semangat para penguji yang rata-ratanya berpengalaman dalam bidang persilatan dan latihan..


diakhir ujian, pesilat mendapat suntikan motivasi melalui aktiviti gerakkerja berkumpulan. ini dapat membantu mereka dalam membentuk keperibadian dan kekuatan diri serta semangat berpasukan..



alhamdulillah.. kesemua 11 pesilat yang mengambil ujian selempang ini lulus dengan baik dan cemerlang..


diharapkan dengan ujian ini dapat memberikan pengalaman kepada pesilat-pesilat tentang tatacara ujian serta   sebagai penyuntik semangat kepada mereka..