SILAT SENI JATI WARISAN YANG BERKONSEPKAN SILAT UNTUK SEMUA,SILAT TIADA PERBEZAAN,SILAT PENCETUS KEDAMAIAN. LATIHAN YANG DITERAPKAN ADALAH MENGANDUNGI ELEMEN SUKAN SERTA KECERGASAN FIZIKAL DAN MENTAL YANG MELIBATKAN PERGERAKAN, SENAMAN,PERNAFASAN DAN MOTIVASI DIRI
"Hari ini ibubapa melihat latihan silat sbg sesuatu yg kononnya merbahaya kpd anak2 dari segi keselamatan fizikal mahupun dari mentaliti kuno mengatakan silat mengajar ilmu khurafat...
tanpa ibubapa sedar, bahaya yang lebih dasyat adalah jika mereka menghadiahkan gajet2 online spt smartphone dan membiarkan anak2 berkurung didalam bilik...
*apakah yg mereka layari online?
*dengan siapa mereka berkawan secara online?
* Solat kah mereka didalam bilik?
* Membaca Al-Quran kah bersendirian dalam bilik?

Fikir2kan wahai ibubapa semua..

Saturday, 1 December 2012

PESILAT BERSEMANGAT WALAUPUN HUJAN RENYAI2





30 Nov 12- Walaupun dalam keadaan hujan renyai-renyai, para pesilat bersemangat meneruskan latihan.Pengisian latihan pada malam ini menekankan aspek ulangkaji memandangkan ujian pentauliahan bengkong dan selempang dijangka pada Feb 2013. Ibubapa yang turut hadir menyaksikan latihan turut bersama memberi semangat kepada anak-anak mereka.

Saturday, 17 November 2012

Silat: Perjuangan Bangsa Demi Agama & Tanah Air


Bila bercerita tentang silat kita akan teringat Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi dan pelbagai Hang yang lain.. cerita tentang kehebatan bermain senjata, kekebalan dan tak lupa unsur mistik yang sedikit sebanyak diselitkan dengan unsur-unsur kurafat yang lain.

Tapi kita lupa yang silat ini bukan sekadar seni bela diri. Silat adalah budaya melayu.. sebagaimana melayu itu kaya dengan adat istiadat, resam dan susun bahasa yang indah, melayu itu tak boleh lari dari silat..


Seperti mana-mana budaya dalam dunia, budaya melayu juga tidak boleh lari dari perubahan, bukan saja perubahan dari pengamalan budaya itu malah dari sudut kita melihat silat..
Suatu masa dulu, silat pernah dilihat sebagai ilmu untuk membuatkan orang lain takut dan tunduk kepada si pengamal. Maka ketika itu wujudlah sikap "silat aku lebih baik dari silat kau", "silat A lebih bagus dari silat B", "Silat C boleh menewaskan silat-silat lain". Sampai satu ketika, pernah ada perguruan yang menunjukkan seolah-olah semua jenis beladiri boleh ditewaskan oleh perguruan itu dan lebih mengecewakan, ianya di tunjukkan dalam demonstrasi-demonstrasi perguruan tersebut..

Kemudian pernah ada suatu ketika, silat dilihat sebagai satu ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap orang melayu bila tercetusnya perselisihan antara kaum. silat di anggap sebagai persediaan bila ketegangan meruncing.


Tuesday, 13 November 2012

JATI WARISAN DALAM MAJALAH SENI BELADIRI







12Nov12- GELANGGANG KECIL TETAMU DUNIA..itulah tajuk kisah majlis pentaulian selempang wira muda 2012 didalam MAJALAH SENI BELADIRI KELUARAN NOV2012!

Monday, 12 November 2012

LATIHAN INTENSIF DARI MASTER TRAINER MINDFOCUS RESOURCES













10 NOV 2012- Pesilat kanak2 telah mendapat latihan intensif dalam meningkatkan keyakinan diri daripada master trainer shuq (mindfocus resources)..mindfocus resources merupakan sebuah consultant yg menjalankan aktiviti motivasi kepada semua golongan dan bantuan dan kerjasama sebegini akan membantu meningkatkan lagi kecemerlangan diri pesilat2 jati warisan. inilah silat jati warisan, bukan sahaja latihan fizikal malah penerapan latihan mental turut diberi kepada pesilat2 kecil ini.

PESILAT WANITA PERTAMA DALAM JATI WARISAN!







10 Nov 12-Latihan pada pagi ini melakar sejarah baru bg silat jati warisan krn menerima pesilat wanita pertama. Remaja wanita yg berumur 15tahun itu telah memohon menjadi ahli atas kehendak dan minat sendiri dan penerimaan keahlian dari ibubapa beliau telah dilakukan oleh pengasas sendiri.Ini akan menjadi pencetus kpd usaha menyatupadukan anak2 remaja untuk mengikuti aktiviti berfaedah dan secara langsung membantu membendung masalah sosial remaja pada hari ini..Tahniah!

Friday, 9 November 2012

SUKAN KEGEMARAN RASULULLAH

Silat merupakan salah satu sukan yang amat tinggi nilainya dan pengamalnya sahaja yang merasai kenikmati dan manfaatnya. Malah Islam menggalakkan umatnya bersukan sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w, Orang mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih Allah kasihi daripada mukmin yang lemah.(riwayat Muslim). Selain daripada berkuda, memanah dan berenang, Rasulullah juga amat meminati sukan gusti yang melatih seseorang mukmin menjadi berani dan belajar teknik pertahanan diri. Baginda juga pernah bergusti dengan ahli gusti kafir Quraisy, Rukanah bin Abu Yazid bin Hashim. Peristiwa itu berlaku bila mana Rasulullah diminta membuktikan mukjizatnya. Syarat pertandingan itu ialah jika Rasulullah menang, Rukamah akan memeluk Islam. Akhirnya, Rasulullah memenangi pertandingan gusti yang diadakan tiga pusingan itu.
Dalam peristiwa lain, Rasulullah pernah berlumba lari dengan isterinya, Saidatina Aishah. Semua ini membuktikan yang Islam mengharuskan kita bersukan. Pepatah Arab juga menyebut ‘otak yang cerdas datangnya dari badan yang sihat’.Terbukti, elemen-elemen dalam sukan yang diminati baginda juga terdapat didalam silat contohnya berlari dan belajar teknik beladiri. Dalam kita tidak sedar, kita telah mengamalkan salah satu sunnah Rasulullah tersebut.Semoga Allah memberi keberkatan diatas apa yang kita lakukan pada hari ini.

Tuesday, 6 November 2012

SENI BELADIRI:MENGUKUHKAN PERPADUAN


GENERASI DEPAN TANGGUNGJAWAB KITA





MENAKUTKAN BUKAN! INILAH REALITI.....kami bukan insan yg hebat...kami hanya kumpulan pejuang yang ingin berusaha membantu menyelamatkan anak-anak generasi depan. Kita perlu bersama bersatu bagi memastikan generasi kita tidak lagi hanyut dengan gejala negatif..AYUH! BERSAMA! SEBARKAN MAKLUMAT TENTANG DUNIA SILAT...kerana aktiviti silat dapat mendidik anak-anak dari segi rohani dan fizikal..Silat mungkin menjadi salah satu kaedah yang dapat membantu membendung masalah gejala sosial pada masa kini....JOMMM SILAT!

Saturday, 3 November 2012

LATIHAN BERTERUSAN MEMANTAPKAN KEMAHIRAN

3 nov 12- Perjuangan utk anak2 bangsa agar mengenali apa itu adab seni warisan melayu....
latihan mlm td yg ditunda ke pagi ni sebab hujan berjaya dilaksanakan.siap dpt terung lagi..paling menyentuh hati dan memberi semangat utk berjuang apabila ada bapa yg mengatakan anak telah berubah kearah lbh baik setelah join silat..rajin solat, sabar dan pandai menghormati org tua..alhamdulillah,inilah yg kami terapkan dlm asas persilatan kerana tujuan kami mendidik dan melahirkan anak2 generasi dpn yg mencintai agama, menghormati ibubapa dan mempunyai keyakinan diri. kenapa perlu pilih silat?jawapannya mudah, silat adalah seni yang mendidik fizikal dan kerohanian..jika anda mahukan perubahan dalam diri anak2, daftarkn dgn kami, insyaallah kami cuba sebaik mungkin.tksh






Saturday, 6 October 2012

PERLANTIKAN AJK2 GELANGGANG...melatih wira2 muda memimpin gelanggang

Senarai AJK Gelanggang Seni Warisan:
Ketua Pesilat: Hafizi
Biro Pengurusan Keahlian: Faris
Biro Kewangan: Hakimi
Biro Disiplin: Fahimin
Biro Latihan: Hafeez
Biro Peralatan&Fasiliti : Iqbal
Selamat menjalankan tugas.Tahniah juga kpd ahli2 yg baru join..kita semakin berkembang,perlu bersatu dan sentiasa bekerjasama...

Sunday, 23 September 2012

MESYUARAT AJK PERSATUAN GURU-GURU BELADIRI MALAYSIA (MAGMA)

22 SEPTEMBER 2012, GELANGGANG PSSGM TMN NIRWANA- Hari ini merupakan satu lagi hari bertuah kepada Pengasas kerana telah dijemput oleh Prof Dr Azlan Ghanie untuk menghadiri mesyuarat AJK PERSATUAN GURU-GURU BELADIRI MALAYSIA(MAGMA). Walaupun Silat Seni Jati Warisan masih terlalu muda dan kerdil tetapi kepercayaan telah diberikan oleh Presiden MAGMA untuk melibatkan Pengasas bersama-sama memperjuangkan seni beladiri di Malaysia.Apa tidaknya, Pengasas yang baru berumur 30an sudah dapat duduk semeja dengan 'otai' beladiri negara yang lebih senior dan berpengalaman. Perkara yang dibincangkan adalah hala tuju persatuan, pembangunan dan kebajikan seluruh ahli-ahli beladiri. Apa yang begitu menarik adalah kepercayaan YAB Perdana Menteri telah bersetuju melantik YB Datuk Shafie Abdullah sebagai Penasihat MAGMA. Pelbagai program telah dirancang dan diantaranya adalah pembukaan silat melayu di negara Belanda. 

Sunday, 16 September 2012

MAJLIS PERASMIAN DN PENTAULIAHAN SELEMPANG WIRA MUDA

GELANGGANG SENI WARISAN, 15 SEP 2012- Hari ini merupakan hari bersejarah kepada semua ahli Silat Seni Jati Warisan kerana perasmian kelab ini berjaya dilaksanakan. Pada majlis ini juga 10 ahli telah ditauliahkan selempang dan bengkung WIRA MUDA setelah lulus didalam ujian kenaikan bengkung. Pentauliahan telah disempurnakan oleh En Saari Ghani yang mewakili YBhg Datuk Megat Firdouz b Tan Sri Megat Junid. Wira Muda terbaik pula adalah Wira Muda Faris Anif. VVIP lain yang turut hadir adalah Pendita Prof Dr Azlan Ghani yang merupakan Presiden Persatuan Guru-Guru Beladiri Malaysia merangkap Ketua Editor Majalah Seni Beladiri, Pendita Dr Hj Azmi Ismail- Pengasas Seni Pencak Tapak Lima, Ayahanda Zulkifli Rahim- Guru Utama Persatuan Seni Silat Burung Rajawali dan seorang Grandmaster Silat dari Belanda. 

Thursday, 16 August 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

SALAM LEBARAN DARI SILAT SENI JATI WARISAN DAN GELANGGANG SENI WARISAN KOTA DAMANSARA


SEMOGA SYAWAL YANG TIBA AKAN MENJADIKAN KITA INSAN DAN MASYARAKAT YANG LEBIH BAIK DIMASA HADAPAN.. 

INSYAALLAH..

Monday, 30 July 2012

BERPUASA BUKAN HALANGAN

29 JUL 2012- Latihan dijalankan seperti biasa dan dihadiri oleh ahli yang bersemangat. Ternyata berpuasa bukanlah alasan atau halangan untk bergiat aktif dalam sukan silat. Corak latihan diubah mengikut kesesuaian bulan puasa. Antara latihan ketahanan yang dijalankan adalah sperti berikut:
1. Senaman pinggan dan kaki.
2. Senaman tari nafas.
3. Latihan ketangkasan tangan peringkat 
4. Lompatan.