Tapi kita lupa yang silat ini bukan sekadar seni bela diri. Silat adalah budaya melayu.. sebagaimana melayu itu kaya dengan adat istiadat, resam dan susun bahasa yang indah, melayu itu tak boleh lari dari silat..
Seperti mana-mana budaya dalam dunia, budaya melayu juga tidak boleh lari dari perubahan, bukan saja perubahan dari pengamalan budaya itu malah dari sudut kita melihat silat..
Suatu masa dulu, silat pernah dilihat sebagai ilmu untuk membuatkan orang lain takut dan tunduk kepada si pengamal. Maka ketika itu wujudlah sikap "silat aku lebih baik dari silat kau", "silat A lebih bagus dari silat B", "Silat C boleh menewaskan silat-silat lain". Sampai satu ketika, pernah ada perguruan yang menunjukkan seolah-olah semua jenis beladiri boleh ditewaskan oleh perguruan itu dan lebih mengecewakan, ianya di tunjukkan dalam demonstrasi-demonstrasi perguruan tersebut..
Kemudian pernah ada suatu ketika, silat dilihat sebagai satu ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap orang melayu bila tercetusnya perselisihan antara kaum. silat di anggap sebagai persediaan bila ketegangan meruncing.
Hari ini disaat keamanan dikecapi dan tiada lagi ketegangan, silat dikatakan sudah tidak relevan. imej dan persepsi yang silat itu menggambarkan keganasan, riak, takbur dan sudah ketinggalan perlu di ubah.
silat perlu dilihat sebagai elemen yang menyihatkan, yang bermanafaat dan melengkapkan gaya hidup masyarakat hari ini.
Silat juga perlu dilihat sebagai elemen yang menjadi pengisi kekosongan jiwa anak muda yang mencari-cari arah tuju malah menjadi medium penyelesaian kepada masalah masyarakat tak kira latarbelakang, generasi malahan bangsa sekalipun.
"Persoalannya, bagaimana mahu merubah persepsi ini sedangkan masih ada perguruan silat yang mengatakan mereka lebih baik dari perguruan lain?
Bagaimana mahu merubah pandangan masyarakat umum apabila masih ada generasi muda diajar yang mereka belajar silat untuk menentang orang lain?
Bagaimana mahu mengikis persepsi negatif masyarakat apabila pengamal silat itu sendiri membawa mesej negatif kepada anak perguruan mereka."
Sudah sampai masa untuk satu gerakan perubahan yang datang dari komuniti silat itu sendiri.
Biarlah perubahan itu datang dari sebuah gelanggang kecil disebelah tadika yang anak gelanggangnya tak pun ratusan orang.
Biarlah perubahan pemikiran itu datang dari sebuah pertubuhan yang setahun jagung usianya.
biarlah perubahan itu datang dari perguruan tanpa ada nama-nama besar dalam susur galurnya.
Biarlah perubahan itu dibawa oleh anak gelanggang yang baru mahu mengenal dunianya.
Asalkan perubahan itu berlaku dan ianya berlaku berterusan.. kerana ianya suatu perjuangan untuk Agama, Bangsa dan Tanah Air..
InsyaAllah..
Mohd Shukry Bin Roslan
Penulis adalah Mastertrainer untuk MindFocus Resources.
Penceramah Kenegaraan Biro Tatanegara sejak 2004.
Aktif melakukan ceramah dan motivasi untuk pelajar, agensi kerajaan serta golongan belia diseluruh negara.
Published with Blogger-droid v2.0.9
No comments:
Post a Comment