SILAT SENI JATI WARISAN YANG BERKONSEPKAN SILAT UNTUK SEMUA,SILAT TIADA PERBEZAAN,SILAT PENCETUS KEDAMAIAN. LATIHAN YANG DITERAPKAN ADALAH MENGANDUNGI ELEMEN SUKAN SERTA KECERGASAN FIZIKAL DAN MENTAL YANG MELIBATKAN PERGERAKAN, SENAMAN,PERNAFASAN DAN MOTIVASI DIRI
"Hari ini ibubapa melihat latihan silat sbg sesuatu yg kononnya merbahaya kpd anak2 dari segi keselamatan fizikal mahupun dari mentaliti kuno mengatakan silat mengajar ilmu khurafat...
tanpa ibubapa sedar, bahaya yang lebih dasyat adalah jika mereka menghadiahkan gajet2 online spt smartphone dan membiarkan anak2 berkurung didalam bilik...
*apakah yg mereka layari online?
*dengan siapa mereka berkawan secara online?
* Solat kah mereka didalam bilik?
* Membaca Al-Quran kah bersendirian dalam bilik?

Fikir2kan wahai ibubapa semua..

Saturday, 3 March 2018

SILAT SEBAGAI ALAT PERKASA JATI DIRI MURID-MURID DI SEKOLAH


Masyarakat Malaysia memang sinonim dengan nama 'Silat". Silat dahulunya menjadi ilmu "wajib" kepada pemuda pemudi sebelum menempuh alam dewasa yang mencabar. Ibubapa menjadikan silat sebagai pusat anak-anak mereka dididik malah dibentuk menjadi "manusia".

Guru silat kebanyakannya bukan saja mendidik anak-anak ilmu pertahanan diri tetapi turut mendidik ilmu agama bagi memantapkan rohani.


Menyedari akan kepentingan terhadap gaya hidup sihat dikalangan masyarakat, idea untuk menubuhkan sebuah kelab silat di sekolah dilihat dapat serba sedikit membantu dalam menjayakan usaha tersebut. Jika pada zaman dahulukala seni silat yang diagungkan sebagai simbol seni bela masyarakat Melayu, tidak hairanlah mengapa sehingga kini seni beladiri ini masih dipraktikan oleh masyarakat Malaysia malah diikitiraf sebagai salah satu sukan diperingkat antarabangsa.

Silat bukan saja menjadi seni beladiri malah dapat mewujudkan rasa cinta pada seni warisan, menyihatkan tubuh badan dan sentiasa menerapkan nilai-nilai murni dalam rohani para pengamalnya. Cuma jika pengamal seni silat menganggap silat adalah untuk kuat, ternyata mereka adalah silap. Objektif untuk mempelajari seni silat perlu ditanam daripada peringkat awal lagi agar pengamalnya sentiasa berasa rendah diri dan mengamalkannya untuk kebaikan. Pejuang silat juga perlu memastikan silat bukan sekadar penyeri majlis perkahwinan tetapi martabat seni silat lebih lagi dari itu. Jangan sampai generasi masa depan hanya kenal silat sebagai sebuah hiburan di majlis perkahwinan.


Oleh kerana itulah Kelab Silat Seni Jati Warisan di sekolah ditubuhkan supaya menjadi sebuah pusat seni silat yang bukan hanya mengajar penuntutnya bersilat malah mendidik kerohanian dan mental mereka. Sokongan ibubapa amat diperlukan supaya aktiviti silat dapat dikembangkan di sekolah-sekolah. Guru hanya memainkan peranan dalam merencana program dan percayalah disekolahlah bakal melahirkan atlet silat negara.Para Guru-guru silat pula, kita perlu ubah cara latihan silat untuk anak-anak pada zaman ini. Kaedah lebih menarik dan menghibur bakal menarik minat mereka. Suka atau tidak kita terpaksa kerana faktor persekitaran mereka membesar pada masa kini sudah berbeza dengan dahulu.- tok lela rentaka







Bagi yang berminat untuk mendaftar anak boleh hubungi 011-25618098

No comments:

Post a Comment