Masyarakat Malaysia memang sinonim
dengan nama 'Silat". Silat dahulunya menjadi ilmu "wajib" kepada
pemuda pemudi sebelum menempuh alam dewasa yang mencabar. Ibubapa menjadikan silat
sebagai pusat anak-anak mereka dididik malah dibentuk menjadi
"manusia".
Guru silat kebanyakannya bukan saja
mendidik anak-anak ilmu pertahanan diri tetapi turut mendidik ilmu agama bagi
memantapkan rohani.
Menyedari akan kepentingan terhadap
gaya hidup sihat dikalangan masyarakat, idea untuk menubuhkan sebuah kelab
silat di sekolah dilihat dapat serba sedikit membantu dalam menjayakan usaha
tersebut. Jika pada zaman dahulukala seni silat yang diagungkan sebagai simbol
seni bela masyarakat Melayu, tidak hairanlah mengapa sehingga kini seni
beladiri ini masih dipraktikan oleh masyarakat Malaysia malah diikitiraf
sebagai salah satu sukan diperingkat antarabangsa.
Silat bukan saja menjadi seni
beladiri malah dapat mewujudkan rasa cinta pada seni warisan, menyihatkan tubuh
badan dan sentiasa menerapkan nilai-nilai murni dalam rohani para pengamalnya.
Cuma jika pengamal seni silat menganggap silat adalah untuk kuat, ternyata
mereka adalah silap. Objektif untuk mempelajari seni silat perlu ditanam
daripada peringkat awal lagi agar pengamalnya sentiasa berasa rendah diri dan
mengamalkannya untuk kebaikan. Pejuang silat juga perlu memastikan silat bukan
sekadar penyeri majlis perkahwinan tetapi martabat seni silat lebih lagi dari
itu. Jangan sampai generasi masa depan hanya kenal silat sebagai sebuah hiburan
di majlis perkahwinan.
Oleh kerana itulah Kelab Silat Seni
Jati Warisan di sekolah ditubuhkan supaya menjadi sebuah pusat seni silat yang
bukan hanya mengajar penuntutnya bersilat malah mendidik kerohanian dan mental
mereka. Sokongan ibubapa amat diperlukan supaya aktiviti silat dapat
dikembangkan di sekolah-sekolah. Guru hanya memainkan peranan dalam merencana
program dan percayalah disekolahlah bakal melahirkan atlet silat negara.Para
Guru-guru silat pula, kita perlu ubah cara latihan silat untuk anak-anak pada
zaman ini. Kaedah lebih menarik dan menghibur bakal menarik minat mereka. Suka
atau tidak kita terpaksa kerana faktor persekitaran mereka membesar pada masa
kini sudah berbeza dengan dahulu.- tok lela rentaka
Bagi yang berminat untuk mendaftar anak boleh hubungi 011-25618098