Sempena cuti penggal persekolahan
2017, Silat Seni Jati Warisan telah bersama berkongsi ilmu seni silat
untuk 27 peserta Summer Camp Pangkalan
Udara Subang 2017 yang berumur dari 9 hingga 14 tahun. Program perkhemahan yang berlangsung dari 8-10 Dis 17 ini
bertujuan untuk membina keyakinan diri seterusnya melahirkan anak-anak
cemerlang dimasa depan. Bagi mencapai objektif tersebut, maka pihak penganjur
telah memilih aktiviti silat dalam modul program pada kali ini. Peserta telah
diberi kemahiran asas silat pada sesi pertama dan pada sesi kedua mereka telah
diberi kemahiran asas close combat selfdefence (CCSD) oleh Pengasas Pertubuhan
Silat Seni Jati Warisan sendiri. Para
peserta telah dapat mempraktikkan ilmu persilatan dengan mudah kerana teknik
dari CCSD Jati Warisan menumpukan beladiri ringkas dan pantas. Ini sedikit
sebanyak telah membantu mempersiapkan peserta-peserta ini menjadi seorang insan
yang berkeyakinan, sihat dan berani. Kejayaan program ini memberi peluang
kepada pihak pertubuhan untuk terus berkongsi seterusnya mengembangkan seni
warisan pusaka bangsa dalam apa jua program dimasa depan.
Menyambung kesinambungan seni silat warisan bangsa Melayu. Membantu masyarakat kearah hidup yang sihat dan positif dengan mengikuti latihan silat. Memupuk perpaduan dikalangan ahli. Memupuk sifat mencintai Agama, Negara, Bangsa dan Ibubapa.
"Hari ini ibubapa melihat latihan silat sbg sesuatu yg kononnya merbahaya kpd anak2 dari segi keselamatan fizikal mahupun dari mentaliti kuno mengatakan silat mengajar ilmu khurafat...
tanpa ibubapa sedar, bahaya yang lebih dasyat adalah jika mereka menghadiahkan gajet2 online spt smartphone dan membiarkan anak2 berkurung didalam bilik...
*apakah yg mereka layari online?
*dengan siapa mereka berkawan secara online?
* Solat kah mereka didalam bilik?
* Membaca Al-Quran kah bersendirian dalam bilik?
Fikir2kan wahai ibubapa semua..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment