SILAT SENI JATI WARISAN YANG BERKONSEPKAN SILAT UNTUK SEMUA,SILAT TIADA PERBEZAAN,SILAT PENCETUS KEDAMAIAN. LATIHAN YANG DITERAPKAN ADALAH MENGANDUNGI ELEMEN SUKAN SERTA KECERGASAN FIZIKAL DAN MENTAL YANG MELIBATKAN PERGERAKAN, SENAMAN,PERNAFASAN DAN MOTIVASI DIRI
"Hari ini ibubapa melihat latihan silat sbg sesuatu yg kononnya merbahaya kpd anak2 dari segi keselamatan fizikal mahupun dari mentaliti kuno mengatakan silat mengajar ilmu khurafat...
tanpa ibubapa sedar, bahaya yang lebih dasyat adalah jika mereka menghadiahkan gajet2 online spt smartphone dan membiarkan anak2 berkurung didalam bilik...
*apakah yg mereka layari online?
*dengan siapa mereka berkawan secara online?
* Solat kah mereka didalam bilik?
* Membaca Al-Quran kah bersendirian dalam bilik?

Fikir2kan wahai ibubapa semua..

Friday, 22 December 2017

1001 RAHSIA TAPAK SILAT

TAPAK SILAT merupakan perkara paling asas untuk bermula mempelajari ilmu persilatan. Jika disebut tapak silat mungkin ramai yang jarang dengar tetapi jika disebut Kekuda silat maka ramailah yang biasa mendengarnya. Kekuda silat merupakan salah satu tapak silat yang perlu dipelajari pada peringkat awal. Kekuda ibarat tiang utama yang menyokong kekuatan sesuatu binaan. Kebiasaannya kekuda yang rendah dilihat lebih kemas bagi seorang pesilat malah mampu memastikan kestabilan tubuh badan pesilat sukar ditumbangkan jika berlaku serangan musuh. 1001 rahsia akan diperolehi dengan menguasai ilmu tapak silat malah membantu kesihatan tubuh badan. Apa lagi.. jom sertai aktiviti silat bersama Silat Seni Jati Warisan. Wasap 01125618098 untuk maklumat lanjut.

Monday, 11 December 2017

SILAT JATI WARISAN BERSAMA JAYAKAN PROGRAM SUMMER CAMP 2017



Sempena cuti penggal persekolahan 2017, Silat Seni Jati Warisan telah bersama berkongsi ilmu seni silat untuk 27 peserta  Summer Camp Pangkalan Udara Subang 2017 yang berumur dari 9 hingga 14 tahun. Program perkhemahan  yang berlangsung dari 8-10 Dis 17 ini bertujuan untuk membina keyakinan diri seterusnya melahirkan anak-anak cemerlang dimasa depan. Bagi mencapai objektif tersebut, maka pihak penganjur telah memilih aktiviti silat dalam modul program pada kali ini. Peserta telah diberi kemahiran asas silat pada sesi pertama dan pada sesi kedua mereka telah diberi kemahiran asas close combat selfdefence (CCSD) oleh Pengasas Pertubuhan Silat Seni Jati Warisan  sendiri. Para peserta telah dapat mempraktikkan ilmu persilatan dengan mudah kerana teknik dari CCSD Jati Warisan menumpukan beladiri ringkas dan pantas. Ini sedikit sebanyak telah membantu mempersiapkan peserta-peserta ini menjadi seorang insan yang berkeyakinan, sihat dan berani. Kejayaan program ini memberi peluang kepada pihak pertubuhan untuk terus berkongsi seterusnya mengembangkan seni warisan pusaka bangsa dalam apa jua program dimasa depan.













Tuesday, 5 December 2017

PENGAMBILAN BARU PESILAT 2018 DIBUKA

Assalammualaikum semua.. alhamdulillah silat jati warisan masuk ke tahun ke5 penubuhannya. Ternyata kita telah berjaya melahirkan anak-anak mukmin Melayu yang berani, sihat dan mempunyai nilai rohani yang tinggi. Bagi meneruskan kecemerlangan ini, maka sesi pengambilan ahli baru bagi 2018 kini dibuka. Paling menarik kelas memanah juga akan dibuka mulai Januari 2018. Sekarang anda ada pilihan untuk aktiviti anak2 mahupun keluarga. Selagi anda menghantar anak2 mengikuti aktiviti begini, maka inshaAllah pahala sunnah akan terus terkumpul untuk bekalan di sana nanti. Ayuh..daftar anak2 atau diri anda sendiri sekarang. Boleh hubungi 01125618098 utk maklumat lanjut. Terima kasih.