SILAT SENI JATI WARISAN YANG BERKONSEPKAN SILAT UNTUK SEMUA,SILAT TIADA PERBEZAAN,SILAT PENCETUS KEDAMAIAN. LATIHAN YANG DITERAPKAN ADALAH MENGANDUNGI ELEMEN SUKAN SERTA KECERGASAN FIZIKAL DAN MENTAL YANG MELIBATKAN PERGERAKAN, SENAMAN,PERNAFASAN DAN MOTIVASI DIRI
"Hari ini ibubapa melihat latihan silat sbg sesuatu yg kononnya merbahaya kpd anak2 dari segi keselamatan fizikal mahupun dari mentaliti kuno mengatakan silat mengajar ilmu khurafat...
tanpa ibubapa sedar, bahaya yang lebih dasyat adalah jika mereka menghadiahkan gajet2 online spt smartphone dan membiarkan anak2 berkurung didalam bilik...
*apakah yg mereka layari online?
*dengan siapa mereka berkawan secara online?
* Solat kah mereka didalam bilik?
* Membaca Al-Quran kah bersendirian dalam bilik?

Fikir2kan wahai ibubapa semua..

Tuesday, 14 January 2014

DIANTARA PERJANJIAN DAN PERJUANGAN


Kadang-kadang saya terpanggil untuk menjawab setiap persoalan yang sering dipersoalkan kepada saya mengenai aliran silat yang dibawa oleh Jati Warisan. Tetapi jika dilayan semua persoalan itu, maka tiada langkah pertama yang akan diambil oleh saya untuk menubuhkan pertubuhan ini. Peribadi saya mudah, pedulikan cakap-cakap orang yang negatif tetapi teruskan sahaja selagi niat kita itu ikhlas untuk perjuangan berpaksikan agama. Selagi ianya SILAT, kita adalah serupa tidak kiralah dari mana aliran itu datang. 
Pernahkah kita berfikir tentang masa depan generasi bangsa Melayu Islam?

Ya..mungkin kita sudah terlalu selesa dengan apa yang ada namun tidakkah kita gusar sesebuah tamadun itu boleh tumbang jika ROHANI anak-anak mudanya tidak diisi dengan ilmu-ilmu agama dan fizikal...


Jika 1000 persoalan dilemparkan kepada saya berkenaan tujuan penubuhan Jati Warisan, jawapan saya tetap satu..iaitu mendidik anak-anak generasi depan untuk menjadi seorang yang yakin,berani, tangkas, sihat, disiplin, cintakan agama, ibubapa,bangsa dan negara. Tiada apa yang perlu dibahaskan..tiada apa yang wajib didebatkan...Hari ini, mereka tetap sama..tetap menanti dan berharap Jati Warisan tumbang kegagalan..Namun, janji Allah itu pasti,setelah dua tahun meniti kepayahan, anak-anak Jati Warisan yang dulunya hanya 6 orang kini telah bertambah sehingga 40 orang. Kemudahan gelanggang seni warisan yang merupakan gelanggang pusat juga semakin maju dan membangun..Ayuh! Kita bersatu..elakkan persengketaan..Demi Agama, Bangsa dan Negara- Lela rentaka(Pengasas)




No comments:

Post a Comment