SILAT SENI JATI WARISAN YANG BERKONSEPKAN SILAT UNTUK SEMUA,SILAT TIADA PERBEZAAN,SILAT PENCETUS KEDAMAIAN. LATIHAN YANG DITERAPKAN ADALAH MENGANDUNGI ELEMEN SUKAN SERTA KECERGASAN FIZIKAL DAN MENTAL YANG MELIBATKAN PERGERAKAN, SENAMAN,PERNAFASAN DAN MOTIVASI DIRI
"Hari ini ibubapa melihat latihan silat sbg sesuatu yg kononnya merbahaya kpd anak2 dari segi keselamatan fizikal mahupun dari mentaliti kuno mengatakan silat mengajar ilmu khurafat...
tanpa ibubapa sedar, bahaya yang lebih dasyat adalah jika mereka menghadiahkan gajet2 online spt smartphone dan membiarkan anak2 berkurung didalam bilik...
*apakah yg mereka layari online?
*dengan siapa mereka berkawan secara online?
* Solat kah mereka didalam bilik?
* Membaca Al-Quran kah bersendirian dalam bilik?

Fikir2kan wahai ibubapa semua..

Wednesday, 6 November 2013

Selingan: Pengasas Silat Seni Jati Warisan Yang Saya Kenali


Pengasas Silat Seni Jati Warisan
Kapten Hasrul Taufek Bin Roslan TUDM
Saya tak dapat hadir ke Majlis Penyampaian Bengkung Dan Selimpang Silat Seni Jati Warisan kerana urusan kerja yang memerlukan perhatian saya.. 

Sepatutnya saya menerima Selimpang Sang Saka Panglima Kanan oleh Pengasas tapi apakan daya, adat hidup di dunia ini kita merancang tapi Allah menentukan..
Pengasas juga berada di luar Lembah Klang sebelum majlis.. beliau menghadiri menyuarat di Ipoh dan bertolak pulang pada jumaat pagi ke Kota Damansara..
Bayangkan setelah penat menjalankan tanggungjawab di Ipoh, bergegas pulang ke Kota Damansara dengan hanya menaiki motorsikal.. tapi ditabahkan juga oleh beliau atas nama perjuangan katanya.. 

Perjalanan Pengasas ke Ipoh juga satu perjalanan yang saya kira agak mencabar.. saya mendapat pesanan Whatsapp beliau yang mengatakan motor beliau pancit sebelum Tanjung Malim dan terpaksa menolak motorsikalnya sejauh 8 Kilometer ke plaza tol yang terdekat dalam keadaan panas terik!!





pada khamis malam sebelum beliau pulang ke Kota Damansara, saya tanyakan adakah beliau mampu untuk menunggang pulang pada esoknya.. 
beliau menjawab dengan bersahaja "tak pe bro, ni perjuangan.."
kata-kata yang mudah, namun amat terkesan kepada saya.. 
Ya... Ini Perjuangan.. 
Perjuangan bukan untuk kita...tapi perjuangan demi Agama Bangsa Dan Tanah Air... 

Perjuangan yang ramai suka sebutkan tapi tak ramai yang sanggup melaksanakan... 
Perjuangan yang kadangkala menuntut pengorbanan yang besar.. 

Perjuangan yang ada kalanya tidak diendahkan... 

Terima Kasih kepada Pengasas Silat Seni Jati Warisan yang selama ini banyak memberi dan jarang kali menerima dari perjuangan ini...


Mohd Shukry Bin Roslan

Penulis adalah MasterTrainer bagi MindFocus Resources.
Juga merupakan Penceramah untuk Biro Tatanegara sejak 2004.
Aktif menyampaikan ceramah & motivasi kepada Organisasi Awam, korporat, NGO, Pertubuhan Belia &  Pelajar diseluruh negara.







No comments:

Post a Comment