SILAT SENI JATI WARISAN YANG BERKONSEPKAN SILAT UNTUK SEMUA,SILAT TIADA PERBEZAAN,SILAT PENCETUS KEDAMAIAN. LATIHAN YANG DITERAPKAN ADALAH MENGANDUNGI ELEMEN SUKAN SERTA KECERGASAN FIZIKAL DAN MENTAL YANG MELIBATKAN PERGERAKAN, SENAMAN,PERNAFASAN DAN MOTIVASI DIRI
"Hari ini ibubapa melihat latihan silat sbg sesuatu yg kononnya merbahaya kpd anak2 dari segi keselamatan fizikal mahupun dari mentaliti kuno mengatakan silat mengajar ilmu khurafat...
tanpa ibubapa sedar, bahaya yang lebih dasyat adalah jika mereka menghadiahkan gajet2 online spt smartphone dan membiarkan anak2 berkurung didalam bilik...
*apakah yg mereka layari online?
*dengan siapa mereka berkawan secara online?
* Solat kah mereka didalam bilik?
* Membaca Al-Quran kah bersendirian dalam bilik?

Fikir2kan wahai ibubapa semua..

Wednesday, 6 November 2013

Selingan: Pengasas Silat Seni Jati Warisan Yang Saya Kenali


Pengasas Silat Seni Jati Warisan
Kapten Hasrul Taufek Bin Roslan TUDM
Saya tak dapat hadir ke Majlis Penyampaian Bengkung Dan Selimpang Silat Seni Jati Warisan kerana urusan kerja yang memerlukan perhatian saya.. 

Sepatutnya saya menerima Selimpang Sang Saka Panglima Kanan oleh Pengasas tapi apakan daya, adat hidup di dunia ini kita merancang tapi Allah menentukan..
Pengasas juga berada di luar Lembah Klang sebelum majlis.. beliau menghadiri menyuarat di Ipoh dan bertolak pulang pada jumaat pagi ke Kota Damansara..
Bayangkan setelah penat menjalankan tanggungjawab di Ipoh, bergegas pulang ke Kota Damansara dengan hanya menaiki motorsikal.. tapi ditabahkan juga oleh beliau atas nama perjuangan katanya.. 

Perjalanan Pengasas ke Ipoh juga satu perjalanan yang saya kira agak mencabar.. saya mendapat pesanan Whatsapp beliau yang mengatakan motor beliau pancit sebelum Tanjung Malim dan terpaksa menolak motorsikalnya sejauh 8 Kilometer ke plaza tol yang terdekat dalam keadaan panas terik!!





pada khamis malam sebelum beliau pulang ke Kota Damansara, saya tanyakan adakah beliau mampu untuk menunggang pulang pada esoknya.. 
beliau menjawab dengan bersahaja "tak pe bro, ni perjuangan.."
kata-kata yang mudah, namun amat terkesan kepada saya.. 
Ya... Ini Perjuangan.. 
Perjuangan bukan untuk kita...tapi perjuangan demi Agama Bangsa Dan Tanah Air... 

Perjuangan yang ramai suka sebutkan tapi tak ramai yang sanggup melaksanakan... 
Perjuangan yang kadangkala menuntut pengorbanan yang besar.. 

Perjuangan yang ada kalanya tidak diendahkan... 

Terima Kasih kepada Pengasas Silat Seni Jati Warisan yang selama ini banyak memberi dan jarang kali menerima dari perjuangan ini...


Mohd Shukry Bin Roslan

Penulis adalah MasterTrainer bagi MindFocus Resources.
Juga merupakan Penceramah untuk Biro Tatanegara sejak 2004.
Aktif menyampaikan ceramah & motivasi kepada Organisasi Awam, korporat, NGO, Pertubuhan Belia &  Pelajar diseluruh negara.







Saturday, 2 November 2013

Majlis Penyampaian Bengkung dan Selimpang Silat Seni Jati Warisan

ALHAMDULILLAH.. 







 Majlis Penyampaian Bengkung & Selimpang Anugerah selesai dgn baik dan lancar pada 21 Zulhijjah 1434Hijrah bersamaan 26 Oktober 2013.

Majlis dirasmikan oleh wakil ADUN Kota Damansara, Sdr Nor Azri b Sulong,Pegawai Khas Strategik ADUN Kota Damansara

Majlis juga di serikan lagi dgn kehadiran tetamu-tetamu kehormat,
Pendita Prof Dr Azlan Ghanie,
Pendita Dr Mohd Azmi bin Ismail,
Sdr Firdaus mewakili Silat Rajawali,
Sdr Abd Manan, Pengerusi Persatuan Penduduk,
dan Ustaz Badri Mewakili AJK Surau Al-Sabahah Seksyen 7 Kota Damansara.










Penerima Selempang 
Wira Muda 7 orang
Wira Bintara 3 orang
Wira Jati 8 orang

Penerima Selempang Anugerah

Sang Saka Wira Perkasa 
Pendita Dr Mohd Azmi b Ismail

Sang Saka Panglima Kanan,
Tuan Guru A.Rahim Idris,
Sdr Mohd Hishamudin b Majid,
Sdr Azrul b Bakar,
Sdr Mohd Syahid b Ismail,
sdr Mohd Syamil b Jamil,

Srikandi Bonda Perguruan 
Pn Rubiah bt Abdullah

Srikandi Cempakasari
Pn Fathen Hamimah bt mohd azmi,
Pn Maimon bt Shahrin


Pendita Prof Dr Azlan Ghanie juga sudi memberikan tips dan teknik Senaman Tua beliau kepada kaum Ibu dari Pertubuhan Nur Harmoni Kota Damansara yang membantu menjayakan  majlis ini. Senaman warisan zaman berzaman ini telah terbukti secara saintifik mampu untuk mengembalikan kecergasan dan meningkatkan kecerdasan para pengamalnya..


Majlis Penyampaian Bengkung dan Selimpang ini juga telah berjaya mengembalikan budaya gotong-royong dan kerjasama masyarakat kampung kepada masyarakat di Seksyen 7 yang merupakan kawasan bandar yang sedang pesat membangun..





Terima Kasih Kami Ucapkan Kepada Semua Yang Terlibat Dalam Menjayakan Majlis ini..
Semoga Pertubuhan Silat Seni Jati Warisan akan lebih maju demi perjuangan Alif Baa dan Taa