SILAT SENI JATI WARISAN YANG BERKONSEPKAN SILAT UNTUK SEMUA,SILAT TIADA PERBEZAAN,SILAT PENCETUS KEDAMAIAN. LATIHAN YANG DITERAPKAN ADALAH MENGANDUNGI ELEMEN SUKAN SERTA KECERGASAN FIZIKAL DAN MENTAL YANG MELIBATKAN PERGERAKAN, SENAMAN,PERNAFASAN DAN MOTIVASI DIRI
"Hari ini ibubapa melihat latihan silat sbg sesuatu yg kononnya merbahaya kpd anak2 dari segi keselamatan fizikal mahupun dari mentaliti kuno mengatakan silat mengajar ilmu khurafat...
tanpa ibubapa sedar, bahaya yang lebih dasyat adalah jika mereka menghadiahkan gajet2 online spt smartphone dan membiarkan anak2 berkurung didalam bilik...
*apakah yg mereka layari online?
*dengan siapa mereka berkawan secara online?
* Solat kah mereka didalam bilik?
* Membaca Al-Quran kah bersendirian dalam bilik?

Fikir2kan wahai ibubapa semua..

Tuesday, 19 February 2013

Silat: Menjejak Warisan Bangsa Di Bumi Mahsuri

Makam Purba Bercirikan Acheh yang di dakwa Makan Sebenar Mahsuri



Baru-baru ini, ketika saya dijemput mengendalikan Kursus Modul Kepimpinan SUKSIS UKM 2013 di Langkawi, saya berpeluang untuk melawat sebuah galeri di Ulu Melaka.
Agak mengejutkan kerana saya sering ke Langkawi atas urusan kerja tapi tak pernah tahu kewujudan galeri ini.


Galeri Warisan ini mengumpulkan senjata & barangan antik. malah dikatakan lembing yang mencabut nyawa Mahsuri disimpan disini.
juga ditempatkan di galeri ini keris sepanjang 7 kaki dan topi yang dikatakan digunakan oleh panglima-panglima Laksamana Cheng Ho ketika pelayarannya ke Tanah Melayu..


Galeri ini dikendalikan oleh Ahmad Yahya yang kini dh mencecah usia 78 tahun.
beliau mula mengumpul barangan antik sejak 60 tahun lalu & merupakan seorang tukang yang hebat. 


Bersama Tok Wan, Pemilik Galeri Warisan




Masuk ke galeri ini seolah-olah berada di dunia yang berbeza.

pengunjung akan dapat melihat hasil kreativiti Tok Wan Mat dari seni ukuran kayunya hinggalah kereta kancil yang diubahsuai menjadi buggy.



tak lengkap juga kunjungan ke galeri tersebut tanpa mendengar cerita dari orang lama mengenai sejarah langkawi & salah satu versi Mahsuri yang membawa ke penemuan Lembing Mahsuri..

Senjata yang dikatakan lembing yang membunuh Mahsuri
(sarung & hulu parang sengaja dibuat berbentuk  parang)

Sunday, 3 February 2013

PENTAULIAHAN JURULATIH MUDA

Hari ini 3 Feb 2013 sekali lagi Jati Warisan melakar sejarah apabila Majlis Pentauliahan Jurulatih Muda berjaya dilaksanakan. 6 pesilat telah dipilih berdasarkan kemahiran serta komitmen yang telah ditunjukkan sepanjang menjadi ahli perguruan. Majlis bermula di gelanggang apabila jurulatih muda ini menjalani ujian intensif yang melibatkan latihan fizikal selama 2jam sebelum mengikuti upacara penerimaan murid.  Majlis diteruskan dengan upacara pentauliahan jurulatih muda yang disempurnakan sendiri oleh Pengasas. Dengan pentauliahan ini maka keenam-enam mereka merupakan Ahli Majlis Jurulatih generasi pertama perguruan ini. Mereka telah berikrar untuk memegang amanah dalam mengembangkan silat ini serta mencurahkan segala ilmu yang ada kepada ahli-ahli yang lain.Pentauliahan ini juga menjadi pendorong kepada ahli-ahli junior yang lain untuk rajin berlatih dan memberi komitmen sepanjang latihan.Inilah kaedah yabg dilaksanakan oleh Jati Warisan. TAHNIAH!