SILAT SENI JATI WARISAN YANG BERKONSEPKAN SILAT UNTUK SEMUA,SILAT TIADA PERBEZAAN,SILAT PENCETUS KEDAMAIAN. LATIHAN YANG DITERAPKAN ADALAH MENGANDUNGI ELEMEN SUKAN SERTA KECERGASAN FIZIKAL DAN MENTAL YANG MELIBATKAN PERGERAKAN, SENAMAN,PERNAFASAN DAN MOTIVASI DIRI
"Hari ini ibubapa melihat latihan silat sbg sesuatu yg kononnya merbahaya kpd anak2 dari segi keselamatan fizikal mahupun dari mentaliti kuno mengatakan silat mengajar ilmu khurafat...
tanpa ibubapa sedar, bahaya yang lebih dasyat adalah jika mereka menghadiahkan gajet2 online spt smartphone dan membiarkan anak2 berkurung didalam bilik...
*apakah yg mereka layari online?
*dengan siapa mereka berkawan secara online?
* Solat kah mereka didalam bilik?
* Membaca Al-Quran kah bersendirian dalam bilik?

Fikir2kan wahai ibubapa semua..

Wednesday, 6 November 2013

Selingan: Pengasas Silat Seni Jati Warisan Yang Saya Kenali


Pengasas Silat Seni Jati Warisan
Kapten Hasrul Taufek Bin Roslan TUDM
Saya tak dapat hadir ke Majlis Penyampaian Bengkung Dan Selimpang Silat Seni Jati Warisan kerana urusan kerja yang memerlukan perhatian saya.. 

Sepatutnya saya menerima Selimpang Sang Saka Panglima Kanan oleh Pengasas tapi apakan daya, adat hidup di dunia ini kita merancang tapi Allah menentukan..
Pengasas juga berada di luar Lembah Klang sebelum majlis.. beliau menghadiri menyuarat di Ipoh dan bertolak pulang pada jumaat pagi ke Kota Damansara..
Bayangkan setelah penat menjalankan tanggungjawab di Ipoh, bergegas pulang ke Kota Damansara dengan hanya menaiki motorsikal.. tapi ditabahkan juga oleh beliau atas nama perjuangan katanya.. 

Perjalanan Pengasas ke Ipoh juga satu perjalanan yang saya kira agak mencabar.. saya mendapat pesanan Whatsapp beliau yang mengatakan motor beliau pancit sebelum Tanjung Malim dan terpaksa menolak motorsikalnya sejauh 8 Kilometer ke plaza tol yang terdekat dalam keadaan panas terik!!





pada khamis malam sebelum beliau pulang ke Kota Damansara, saya tanyakan adakah beliau mampu untuk menunggang pulang pada esoknya.. 
beliau menjawab dengan bersahaja "tak pe bro, ni perjuangan.."
kata-kata yang mudah, namun amat terkesan kepada saya.. 
Ya... Ini Perjuangan.. 
Perjuangan bukan untuk kita...tapi perjuangan demi Agama Bangsa Dan Tanah Air... 

Perjuangan yang ramai suka sebutkan tapi tak ramai yang sanggup melaksanakan... 
Perjuangan yang kadangkala menuntut pengorbanan yang besar.. 

Perjuangan yang ada kalanya tidak diendahkan... 

Terima Kasih kepada Pengasas Silat Seni Jati Warisan yang selama ini banyak memberi dan jarang kali menerima dari perjuangan ini...


Mohd Shukry Bin Roslan

Penulis adalah MasterTrainer bagi MindFocus Resources.
Juga merupakan Penceramah untuk Biro Tatanegara sejak 2004.
Aktif menyampaikan ceramah & motivasi kepada Organisasi Awam, korporat, NGO, Pertubuhan Belia &  Pelajar diseluruh negara.







Saturday, 2 November 2013

Majlis Penyampaian Bengkung dan Selimpang Silat Seni Jati Warisan

ALHAMDULILLAH.. 







 Majlis Penyampaian Bengkung & Selimpang Anugerah selesai dgn baik dan lancar pada 21 Zulhijjah 1434Hijrah bersamaan 26 Oktober 2013.

Majlis dirasmikan oleh wakil ADUN Kota Damansara, Sdr Nor Azri b Sulong,Pegawai Khas Strategik ADUN Kota Damansara

Majlis juga di serikan lagi dgn kehadiran tetamu-tetamu kehormat,
Pendita Prof Dr Azlan Ghanie,
Pendita Dr Mohd Azmi bin Ismail,
Sdr Firdaus mewakili Silat Rajawali,
Sdr Abd Manan, Pengerusi Persatuan Penduduk,
dan Ustaz Badri Mewakili AJK Surau Al-Sabahah Seksyen 7 Kota Damansara.










Penerima Selempang 
Wira Muda 7 orang
Wira Bintara 3 orang
Wira Jati 8 orang

Penerima Selempang Anugerah

Sang Saka Wira Perkasa 
Pendita Dr Mohd Azmi b Ismail

Sang Saka Panglima Kanan,
Tuan Guru A.Rahim Idris,
Sdr Mohd Hishamudin b Majid,
Sdr Azrul b Bakar,
Sdr Mohd Syahid b Ismail,
sdr Mohd Syamil b Jamil,

Srikandi Bonda Perguruan 
Pn Rubiah bt Abdullah

Srikandi Cempakasari
Pn Fathen Hamimah bt mohd azmi,
Pn Maimon bt Shahrin


Pendita Prof Dr Azlan Ghanie juga sudi memberikan tips dan teknik Senaman Tua beliau kepada kaum Ibu dari Pertubuhan Nur Harmoni Kota Damansara yang membantu menjayakan  majlis ini. Senaman warisan zaman berzaman ini telah terbukti secara saintifik mampu untuk mengembalikan kecergasan dan meningkatkan kecerdasan para pengamalnya..


Majlis Penyampaian Bengkung dan Selimpang ini juga telah berjaya mengembalikan budaya gotong-royong dan kerjasama masyarakat kampung kepada masyarakat di Seksyen 7 yang merupakan kawasan bandar yang sedang pesat membangun..





Terima Kasih Kami Ucapkan Kepada Semua Yang Terlibat Dalam Menjayakan Majlis ini..
Semoga Pertubuhan Silat Seni Jati Warisan akan lebih maju demi perjuangan Alif Baa dan Taa

Tuesday, 22 October 2013

SILAT: Adakah Hanya Perjuangan Warisan??



Kita bukan pejuang Busana..

Kita bukan pejuang Seni Muzik..

Kita bukan pejuang Seni Silat..

Kita bukan pejuang Tulisan Jawi..

Kita bukan pejuang Warisan Bangsa..

KITA ADALAH PEJUANG MASA DEPAN BANGSA MELAYU!!!

Kalau kita hanya pejuang seni warisan bangsa, kita tak akan kisah apa yang berlaku kepada bangsa asalkan Busana, Seni Muzik, Seni Silat, Tulisan Jawi dan Seni2 warisan Melayu lain ada penyambungnya.. 

Ajakan saya, marilah sama2 memperjuangkan bangsa MELAYU ISLAM.. 


Mohd Shukry Bin Roslan

Penulis adalah MasterTrainer bagi MindFocus Resources.
Juga merupakan Penceramah untuk Biro Tatanegara sejak 2004.
Aktif menyampaikan ceramah & motivasi kepada Organisasi Awam, korporat, NGO, Pertubuhan Belia &  Pelajar diseluruh negara.


Monday, 30 September 2013

PERSEMBAHAN SENI SILAT SERIKAN PELBAGAI MAJLIS




 1.PERSEMBAHAN SENI SILAT
Terima kasih diucapkan kerana berminat untuk mendapatkan maklumat mengenai persembahan seni silat yang dipersembahkan oleh pesilat-pesilat Silat Seni Jati Warisan. Sesungguhnya majlis-majlis rasmi atau tidak rasmi menjadi lebih meriah dan menarik jika persembahan seni silat menjadi salah satu acara menyambut tetamu ataupun sebagai acara selingan majlis. Tetamu atau individu yang diraikan pasti teruja seterusnya merakam memori terindah dalam hidupnya. Berikut adalah majlis-majlis yang kami terlibat dalam         membuat persembahan seni silat:
   a. Majlis Perkahwinan.
   b. Majlis Perpisahan.
   c. Majlis Perasmian
   d. Majlis    Keagamaan/Adat(Potong jambul/ Berzanji/Marhaban.
   e. Majlis Pelancaran Produk atau Perkhidmatan.

2. HARGA PERSEMBAHAN
Kami menyediakan pakej mudah untuk semua jenis majlis. Ini adalah matlamat utama kami adalah memartabatkan seni warisan Negara supaya sentiasa relevan sepanjang zaman. Keuntungan bukanlah menjadi matlamat utama kami. Berikut adalah harga yang disediakan:

a.             Persembahan dalam kawasan Lembah Klang / Pesilat seramai 5-10 orang RM   350.00  (Slot dan durasi masa persembahan boleh dibincangkan dengan penganjur majlis)
 b.             Demonstrasi yang lebih besar  dalam kawasan Lembah Klang / Pesilat seramai 10- 20 orang – RM600.0   (Slot dan durasi masa persembahan boleh dibincangkan dengan penganjur majlis)

                c.             Persembahan luar kawasan Lembah Klang / Pesilat seramai 5-10 orang –
                               RM 600.00
                                (Slot dan durasi masa persembahan boleh dibincangkan dengan penganjur majlis)

                d.             Demonstrasi yang lebih besar  luar kawasan Lembah Klang / Pesilat seramai 10-20                                    orang – RM1000.00
                                (Slot dan durasi masa persembahan boleh dibincangkan dengan penganjur majlis)

3. CARA BAYARAN
Penganjur boleh membuat pembayaran secara tunai selepas tamat persembahan.


 

Monday, 5 August 2013

TERKINI: PEMBANGUNAN KEMUDAHAN GELANGGANG SEBAGAI PUSAT KOMUNITI KOTA DAMANSARA



Bermula awal Ramadhan tahun ini, saya mengambil satu keputusan utk membangunkan kemudahan gelanggang menggunakan sumber yang ada dan mencari sendiri..TIADA LAGI MENAGIH SIMPATI DARI MANA2 PIHAK..memang ternyata jika kita yakin dan bersungguh2 dgn NIAT yang ikhlas tanpa agenda terselindung maka Allah sentiasa membantu dan inilah hasilnya sepanjang Ramadhan.. terima kasih anak2 gelanggang yg turun setiap petang walaupun berpuasa...Marilah semua masyarakat bersama saya berdiri tegak, yakin melangkah dalam perjuangan menyelamatkan ANAK2 MELAYU ISLAM dari gejala sosial. INILAH TEMPAT mereka akan dikumpulkan bagi mengikuti pelbagai aktiviti yang sihat.
kerja pemasangan elektrik dijalankan

kerja pemasangan elektrik dijalankan

kerja pemasangan elektrik dijalankan

saiz gelanggang diperluaskan dan mewujudkan taman herba,ulam, sayur untuk dilawati

suis utama elektrik dan lampu telah siap

13 tahun gelanggang perlukan ini

spotlight baru dipasang

Pintu masuk utama dengan pagar yang baru hasil kerja anak2 gelanggang

Pintu masuk utama dengan pagar yang baru hasil kerja anak2 gelanggang

pagar baru...takda sesiapa yang sponsor


wakaf hasil kerja anak2 gelanggang..tak cukup sumber nak buat bumbung 


lihat hutan dibelakang...akan dijadikan kem perkhemahan dan survivor


yes!spotlight baru berjaya ditest!

Saturday, 3 August 2013

SALAM AIDILFITRI DARI PENGASAS, MAJLIS JURULATIH,KEPIMPINAN PERGURUAN SERTA WARGA SILAT SENI JATI WARISAN


Salam Perjuangan
Capt Hasrul Taufek Roslan
Founder Of Silat Jati Warisan
   

"Saya mewakili semua ahli Silat Seni Jati Warisan menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf kepada semua yang mengenali kami seterusnya merakamkan ucapan salam aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga Aidilfitri ini bakal memberi satu lagi kerahmatan dan keberkatan dalam hidup kita.Saya yakin jika kita semaikan sikat kasih sayang dan sentiasa wujudkan keharmonian maka semua rakyat negara ini pasti dapat terus menikmati keamanan dan kemakmuran yang Allah kurniakan.Mari berdiri bersama saya, merapatkan saf bersama-sama, membangkitkan satu semangat perjuangan...iaitu semangat perpaduan dan cintakan Agama, Bangsa dan Negara..Insya Allah..Impian itu pasti.."


Salam Aidilfitri dari Majlis Jurulatih
Salam Aidilfitri dari Wira Muda Jati Warisan
Salam Aidilfitri dari Kepimpinan Perguruan





Perguruan yang kecil tetapi mempunyai impian yang besar..Jom bersama kami!