SILAT SENI JATI WARISAN YANG BERKONSEPKAN SILAT UNTUK SEMUA,SILAT TIADA PERBEZAAN,SILAT PENCETUS KEDAMAIAN. LATIHAN YANG DITERAPKAN ADALAH MENGANDUNGI ELEMEN SUKAN SERTA KECERGASAN FIZIKAL DAN MENTAL YANG MELIBATKAN PERGERAKAN, SENAMAN,PERNAFASAN DAN MOTIVASI DIRI
"Hari ini ibubapa melihat latihan silat sbg sesuatu yg kononnya merbahaya kpd anak2 dari segi keselamatan fizikal mahupun dari mentaliti kuno mengatakan silat mengajar ilmu khurafat...
tanpa ibubapa sedar, bahaya yang lebih dasyat adalah jika mereka menghadiahkan gajet2 online spt smartphone dan membiarkan anak2 berkurung didalam bilik...
*apakah yg mereka layari online?
*dengan siapa mereka berkawan secara online?
* Solat kah mereka didalam bilik?
* Membaca Al-Quran kah bersendirian dalam bilik?

Fikir2kan wahai ibubapa semua..

Saturday, 27 July 2013

Warisan Di Junjung, Adat Di Tatang, Agama Di Tegakkan...

ketika bangun untuk bersahur pagi ini, rasa kesyukuran terbit dalam hati bila Allah mengizinkan sekali lagi untuk hidup dan berpuasa.. Alhamdulillah...

teringat pula tentang amanah Allah sebagai khalifah di dunia pinjaman-Nya..

teringat pula tentang Amanah leluhur sebagai penyambung Warisan...

jadi jari jemari ini sendiri menekan kekunci seolah-olah mencari sesuatu...

bila terjumpa, terasa gembira timbul seolah ketemu teman yang lama terpisah...



Sedih bila anak bangsa sendiri malu bergelar melayu..

sedih bila anak bangsa sendiri malu berbaju melayu...

tambah sedih bila yang mahu berbaju melayu, sekadar memakai bajunya.. maka hilanglah Melayu.. yang tinggal baju...

namun aku gembira semula.. kerana aku tau yang itu amanah bangsa pada aku... 

untuk menyedarkan, untuk memperkukuhkan, untuk membimbing, untuk mengajak anak bangsaku menjadi melayu..

untuk cintakan melayu..

untuk bangga menjadi melayu..

InsyaAllah... Bismillah Hirrahman Nirrahim...


MOHD SHUKRY BIN ROSLAN

Penulis adalah MasterTrainer bagi MindFocus Resources & Penceramah untuk Biro TataNegara sejak 2004
Penulis juga aktif memberikan ceramah dan motivasi kepada Badan Korporat, Institusi Pengajian Tinggi, Belia & NGO.

Friday, 26 July 2013

Salam Nuzul Quran


Nuzul Quran bermaksud hari dimana diturunkan Al-Quran oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk umat manusia..
pada hari ini, para malaikat bersyukur kepada Allah kerana telah menurunkan Qalam-Nya..
Semoga peristiwa ini memperingatkan kita tentang kebesaranNya dan membuatkan kita rasa kecil berbanding kekuasaanNya..
InsyaAllah..
Published with Blogger-droid v2.0.10