SILAT SENI JATI WARISAN YANG BERKONSEPKAN SILAT UNTUK SEMUA,SILAT TIADA PERBEZAAN,SILAT PENCETUS KEDAMAIAN. LATIHAN YANG DITERAPKAN ADALAH MENGANDUNGI ELEMEN SUKAN SERTA KECERGASAN FIZIKAL DAN MENTAL YANG MELIBATKAN PERGERAKAN, SENAMAN,PERNAFASAN DAN MOTIVASI DIRI
"Hari ini ibubapa melihat latihan silat sbg sesuatu yg kononnya merbahaya kpd anak2 dari segi keselamatan fizikal mahupun dari mentaliti kuno mengatakan silat mengajar ilmu khurafat...
tanpa ibubapa sedar, bahaya yang lebih dasyat adalah jika mereka menghadiahkan gajet2 online spt smartphone dan membiarkan anak2 berkurung didalam bilik...
*apakah yg mereka layari online?
*dengan siapa mereka berkawan secara online?
* Solat kah mereka didalam bilik?
* Membaca Al-Quran kah bersendirian dalam bilik?

Fikir2kan wahai ibubapa semua..

Sunday, 5 May 2013

IQBAL: PEMENANG PINGAT TUNGGAL JATI WARISAN

Walaupun pertama kali bertanding, tetapi kelima-lima pesilat jati warisan ternyata tidak menghampakan malah muhd iqbal berjaya memenangi pingat perak iaitu pingat tunggal perguruan ini dalam kejohanan pra Sukses tahun ini.Kejayaan iqbal ini menjadi pendorong kepada pesilat jati warisan lain untuk meningkatkan usaha bagi meraih kejayaan dimasa depan. Kita telah buktikan, tanpa pengalaman juga boleh berjaya jika kita mempunyai keyakinan dan semangat yang tinggi.TAHNIAH!






PERTABALAN PENGASAS SILAT SENI JATI WARISAN SEBAGAI GURU PESAKA PETALING


 27 Apr 13- Sempena kejohanan Pra SUKSES Daerah Petaling, satu majlis pertabalan guru-guru bagi PESAKA daerah Petaling telah diadakan. Majlis yang disempurnakan oleh YDP PESAKA Petaling turut dihadiri guru-guru tua dari pertubuhan silat lain. Hadirin telah dipersembahkan dengan persembahan silat daripada perguruan yang bertanding dan diantaranya adalah Silat Seni Jati Warisan. Pengasas Silat Seni Jati Warisan, Kapten Hasrul telah ditabalkan sebagai Guru PESAKA Daerah Petaling dan ini merupakan satu pengiktirafan yang amat berguna kepada perguruan ini dalam usaha mengembangkan lagi aktiviti dimasa depan.

"terima kasih kpd ibu, isteri Leeja Taufek , family, rakan2, ibubapa anak2 jati warisan, pesilat2 jati warisan, perguruan2 sahabat dan semua yg menyokong perjuangan saya ini..alhamdulillah, bermula sbg sebuah pertubuhan silat yg kerdil tahun lalu,kini jati warisan makin dikenali dan diterima dalam dunia persilatan..dengan pertabalan saya sebagai salah seorang guru yang diiktiraf oleh PESAKA DAERAH PETALING pada majlis yg sungguh simbolik mlm ini, saya berjanji akan terus berjuang mendidik anak2 bangsa untuk mencintai seni pusaka bangsa ini. Doa anda amat saya perlukan..saya berusaha memimpin utk melahirkan pemimpin masa dpn..pemimpin perlu lalui jln derita, korban masa, duit, masa dgn keluarga, masa lapang dan apa saja..tksh semua-pengasas