Menyambung kesinambungan seni silat warisan bangsa Melayu. Membantu masyarakat kearah hidup yang sihat dan positif dengan mengikuti latihan silat. Memupuk perpaduan dikalangan ahli. Memupuk sifat mencintai Agama, Negara, Bangsa dan Ibubapa.
"Hari ini ibubapa melihat latihan silat sbg sesuatu yg kononnya merbahaya kpd anak2 dari segi keselamatan fizikal mahupun dari mentaliti kuno mengatakan silat mengajar ilmu khurafat...
tanpa ibubapa sedar, bahaya yang lebih dasyat adalah jika mereka menghadiahkan gajet2 online spt smartphone dan membiarkan anak2 berkurung didalam bilik...
*apakah yg mereka layari online?
*dengan siapa mereka berkawan secara online?
* Solat kah mereka didalam bilik?
* Membaca Al-Quran kah bersendirian dalam bilik?
Fikir2kan wahai ibubapa semua..
Monday, 30 September 2013
Monday, 5 August 2013
TERKINI: PEMBANGUNAN KEMUDAHAN GELANGGANG SEBAGAI PUSAT KOMUNITI KOTA DAMANSARA
Bermula awal Ramadhan tahun ini, saya mengambil satu keputusan utk membangunkan kemudahan gelanggang menggunakan sumber yang ada dan mencari sendiri..TIADA LAGI MENAGIH SIMPATI DARI MANA2 PIHAK..memang ternyata jika kita yakin dan bersungguh2 dgn NIAT yang ikhlas tanpa agenda terselindung maka Allah sentiasa membantu dan inilah hasilnya sepanjang Ramadhan.. terima kasih anak2 gelanggang yg turun setiap petang walaupun berpuasa...Marilah semua masyarakat bersama saya berdiri tegak, yakin melangkah dalam perjuangan menyelamatkan ANAK2 MELAYU ISLAM dari gejala sosial. INILAH TEMPAT mereka akan dikumpulkan bagi mengikuti pelbagai aktiviti yang sihat.
| kerja pemasangan elektrik dijalankan |
| kerja pemasangan elektrik dijalankan |
| kerja pemasangan elektrik dijalankan |
| saiz gelanggang diperluaskan dan mewujudkan taman herba,ulam, sayur untuk dilawati |
| suis utama elektrik dan lampu telah siap |
| 13 tahun gelanggang perlukan ini |
| spotlight baru dipasang |
| Pintu masuk utama dengan pagar yang baru hasil kerja anak2 gelanggang |
| Pintu masuk utama dengan pagar yang baru hasil kerja anak2 gelanggang |
| pagar baru...takda sesiapa yang sponsor |
| wakaf hasil kerja anak2 gelanggang..tak cukup sumber nak buat bumbung |
| lihat hutan dibelakang...akan dijadikan kem perkhemahan dan survivor |
| yes!spotlight baru berjaya ditest! |
Saturday, 3 August 2013
SALAM AIDILFITRI DARI PENGASAS, MAJLIS JURULATIH,KEPIMPINAN PERGURUAN SERTA WARGA SILAT SENI JATI WARISAN
![]() | ||||
| Salam Perjuangan Capt Hasrul Taufek Roslan Founder Of Silat Jati Warisan |
"Saya mewakili semua ahli Silat Seni Jati Warisan menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf kepada semua yang mengenali kami seterusnya merakamkan ucapan salam aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga Aidilfitri ini bakal memberi satu lagi kerahmatan dan keberkatan dalam hidup kita.Saya yakin jika kita semaikan sikat kasih sayang dan sentiasa wujudkan keharmonian maka semua rakyat negara ini pasti dapat terus menikmati keamanan dan kemakmuran yang Allah kurniakan.Mari berdiri bersama saya, merapatkan saf bersama-sama, membangkitkan satu semangat perjuangan...iaitu semangat perpaduan dan cintakan Agama, Bangsa dan Negara..Insya Allah..Impian itu pasti.." ![]() |
| Salam Aidilfitri dari Kepimpinan Perguruan |

![]() |
| Perguruan yang kecil tetapi mempunyai impian yang besar..Jom bersama kami! |
Saturday, 27 July 2013
Warisan Di Junjung, Adat Di Tatang, Agama Di Tegakkan...
ketika bangun untuk bersahur pagi ini, rasa kesyukuran terbit dalam hati bila Allah mengizinkan sekali lagi untuk hidup dan berpuasa.. Alhamdulillah...
teringat pula tentang amanah Allah sebagai khalifah di dunia pinjaman-Nya..
teringat pula tentang Amanah leluhur sebagai penyambung Warisan...
jadi jari jemari ini sendiri menekan kekunci seolah-olah mencari sesuatu...
bila terjumpa, terasa gembira timbul seolah ketemu teman yang lama terpisah...
Sedih bila anak bangsa sendiri malu bergelar melayu..
sedih bila anak bangsa sendiri malu berbaju melayu...
tambah sedih bila yang mahu berbaju melayu, sekadar memakai bajunya.. maka hilanglah Melayu.. yang tinggal baju...
namun aku gembira semula.. kerana aku tau yang itu amanah bangsa pada aku...
untuk menyedarkan, untuk memperkukuhkan, untuk membimbing, untuk mengajak anak bangsaku menjadi melayu..
untuk cintakan melayu..
untuk bangga menjadi melayu..
InsyaAllah... Bismillah Hirrahman Nirrahim...
MOHD SHUKRY BIN ROSLAN
Penulis adalah MasterTrainer bagi MindFocus Resources & Penceramah untuk Biro TataNegara sejak 2004
Penulis juga aktif memberikan ceramah dan motivasi kepada Badan Korporat, Institusi Pengajian Tinggi, Belia & NGO.
Friday, 26 July 2013
Salam Nuzul Quran
pada hari ini, para malaikat bersyukur kepada Allah kerana telah menurunkan Qalam-Nya..
Semoga peristiwa ini memperingatkan kita tentang kebesaranNya dan membuatkan kita rasa kecil berbanding kekuasaanNya..
InsyaAllah..
Published with Blogger-droid v2.0.10
Subscribe to:
Posts (Atom)










