SILAT SENI JATI WARISAN YANG BERKONSEPKAN SILAT UNTUK SEMUA,SILAT TIADA PERBEZAAN,SILAT PENCETUS KEDAMAIAN. LATIHAN YANG DITERAPKAN ADALAH MENGANDUNGI ELEMEN SUKAN SERTA KECERGASAN FIZIKAL DAN MENTAL YANG MELIBATKAN PERGERAKAN, SENAMAN,PERNAFASAN DAN MOTIVASI DIRI
"Hari ini ibubapa melihat latihan silat sbg sesuatu yg kononnya merbahaya kpd anak2 dari segi keselamatan fizikal mahupun dari mentaliti kuno mengatakan silat mengajar ilmu khurafat...
tanpa ibubapa sedar, bahaya yang lebih dasyat adalah jika mereka menghadiahkan gajet2 online spt smartphone dan membiarkan anak2 berkurung didalam bilik...
*apakah yg mereka layari online?
*dengan siapa mereka berkawan secara online?
* Solat kah mereka didalam bilik?
* Membaca Al-Quran kah bersendirian dalam bilik?

Fikir2kan wahai ibubapa semua..

Saturday 24 March 2018

Kem Silat dan Memanah Penuhi Masa Berkualiti Cuti Sekolah

24 Mac 18- Gelanggang Seni Warisan Seksyen 7 Kota Damansara.

Sempena cuti sekolah penggal pertama 2018, seperti biasa Silat Seni Jati Warisan telah menganjurkan Kem Silat dan Memanah untuk anak-anak yang ingin memenuhi waktu bercuti dengan aktiviti yang sihat malah menghiburkan. Pada kali ini penyertaan hanya dibuka untuk 10 peserta sahaja memandangkan pihak jurulatih mahu mempraktikkan teknik close coaching kepada peserta. Teknik sebegini memberi peluang kepada peserta untuk lebih fokus apabila dapat bimbingan yang rapat dari jurulatih. Apa yang menarik adalah majoriti peserta adalah dari anak-anak yang bukan ahli dan ini pengalaman pertama untuk mereka bergomol didalam gelanggang silat. Pembelajaran kali ini tertumpu kepada teknik beladiri anti buli yang ringkas dan mudah dipelajari oleh peserta. Peserta juga didedahkan dengan ilmu kemahiran memanah tradisional selama 2jam dan pastinya sukan sunnah ini mendapat minat yang tinggi dikalangan peserta.
Bagi yang berminat boleh hubungi 01125618098
























Saturday 3 March 2018

SILAT SEBAGAI ALAT PERKASA JATI DIRI MURID-MURID DI SEKOLAH


Masyarakat Malaysia memang sinonim dengan nama 'Silat". Silat dahulunya menjadi ilmu "wajib" kepada pemuda pemudi sebelum menempuh alam dewasa yang mencabar. Ibubapa menjadikan silat sebagai pusat anak-anak mereka dididik malah dibentuk menjadi "manusia".

Guru silat kebanyakannya bukan saja mendidik anak-anak ilmu pertahanan diri tetapi turut mendidik ilmu agama bagi memantapkan rohani.


Menyedari akan kepentingan terhadap gaya hidup sihat dikalangan masyarakat, idea untuk menubuhkan sebuah kelab silat di sekolah dilihat dapat serba sedikit membantu dalam menjayakan usaha tersebut. Jika pada zaman dahulukala seni silat yang diagungkan sebagai simbol seni bela masyarakat Melayu, tidak hairanlah mengapa sehingga kini seni beladiri ini masih dipraktikan oleh masyarakat Malaysia malah diikitiraf sebagai salah satu sukan diperingkat antarabangsa.

Silat bukan saja menjadi seni beladiri malah dapat mewujudkan rasa cinta pada seni warisan, menyihatkan tubuh badan dan sentiasa menerapkan nilai-nilai murni dalam rohani para pengamalnya. Cuma jika pengamal seni silat menganggap silat adalah untuk kuat, ternyata mereka adalah silap. Objektif untuk mempelajari seni silat perlu ditanam daripada peringkat awal lagi agar pengamalnya sentiasa berasa rendah diri dan mengamalkannya untuk kebaikan. Pejuang silat juga perlu memastikan silat bukan sekadar penyeri majlis perkahwinan tetapi martabat seni silat lebih lagi dari itu. Jangan sampai generasi masa depan hanya kenal silat sebagai sebuah hiburan di majlis perkahwinan.


Oleh kerana itulah Kelab Silat Seni Jati Warisan di sekolah ditubuhkan supaya menjadi sebuah pusat seni silat yang bukan hanya mengajar penuntutnya bersilat malah mendidik kerohanian dan mental mereka. Sokongan ibubapa amat diperlukan supaya aktiviti silat dapat dikembangkan di sekolah-sekolah. Guru hanya memainkan peranan dalam merencana program dan percayalah disekolahlah bakal melahirkan atlet silat negara.Para Guru-guru silat pula, kita perlu ubah cara latihan silat untuk anak-anak pada zaman ini. Kaedah lebih menarik dan menghibur bakal menarik minat mereka. Suka atau tidak kita terpaksa kerana faktor persekitaran mereka membesar pada masa kini sudah berbeza dengan dahulu.- tok lela rentaka







Bagi yang berminat untuk mendaftar anak boleh hubungi 011-25618098

PENYAMPAIAN BENGKUNG WIRA MUDA (KUNING) SK SEK1 BANDAR KINRARA

5  pesilat Jati Warisan dari SK Sek 1 Bandar Kinrara telah dianugerahkan bengkung Wira Muda pada 24 Feb 18 sempena Mesyuarat Agong PIBG sekolah tersebut. Upacara telah disempurnakan oleh YBhg Guru Besar Pn Hjh Zalijah bt Mohd Noor dan disaksikan para ibubapa yang hadir. Tahniah kepada pesilat muda yang telah berjaya!- tok lela rentaka



Friday 22 December 2017

1001 RAHSIA TAPAK SILAT

TAPAK SILAT merupakan perkara paling asas untuk bermula mempelajari ilmu persilatan. Jika disebut tapak silat mungkin ramai yang jarang dengar tetapi jika disebut Kekuda silat maka ramailah yang biasa mendengarnya. Kekuda silat merupakan salah satu tapak silat yang perlu dipelajari pada peringkat awal. Kekuda ibarat tiang utama yang menyokong kekuatan sesuatu binaan. Kebiasaannya kekuda yang rendah dilihat lebih kemas bagi seorang pesilat malah mampu memastikan kestabilan tubuh badan pesilat sukar ditumbangkan jika berlaku serangan musuh. 1001 rahsia akan diperolehi dengan menguasai ilmu tapak silat malah membantu kesihatan tubuh badan. Apa lagi.. jom sertai aktiviti silat bersama Silat Seni Jati Warisan. Wasap 01125618098 untuk maklumat lanjut.

Monday 11 December 2017

SILAT JATI WARISAN BERSAMA JAYAKAN PROGRAM SUMMER CAMP 2017



Sempena cuti penggal persekolahan 2017, Silat Seni Jati Warisan telah bersama berkongsi ilmu seni silat untuk 27 peserta  Summer Camp Pangkalan Udara Subang 2017 yang berumur dari 9 hingga 14 tahun. Program perkhemahan  yang berlangsung dari 8-10 Dis 17 ini bertujuan untuk membina keyakinan diri seterusnya melahirkan anak-anak cemerlang dimasa depan. Bagi mencapai objektif tersebut, maka pihak penganjur telah memilih aktiviti silat dalam modul program pada kali ini. Peserta telah diberi kemahiran asas silat pada sesi pertama dan pada sesi kedua mereka telah diberi kemahiran asas close combat selfdefence (CCSD) oleh Pengasas Pertubuhan Silat Seni Jati Warisan  sendiri. Para peserta telah dapat mempraktikkan ilmu persilatan dengan mudah kerana teknik dari CCSD Jati Warisan menumpukan beladiri ringkas dan pantas. Ini sedikit sebanyak telah membantu mempersiapkan peserta-peserta ini menjadi seorang insan yang berkeyakinan, sihat dan berani. Kejayaan program ini memberi peluang kepada pihak pertubuhan untuk terus berkongsi seterusnya mengembangkan seni warisan pusaka bangsa dalam apa jua program dimasa depan.