SILAT SENI JATI WARISAN YANG BERKONSEPKAN SILAT UNTUK SEMUA,SILAT TIADA PERBEZAAN,SILAT PENCETUS KEDAMAIAN. LATIHAN YANG DITERAPKAN ADALAH MENGANDUNGI ELEMEN SUKAN SERTA KECERGASAN FIZIKAL DAN MENTAL YANG MELIBATKAN PERGERAKAN, SENAMAN,PERNAFASAN DAN MOTIVASI DIRI
"Hari ini ibubapa melihat latihan silat sbg sesuatu yg kononnya merbahaya kpd anak2 dari segi keselamatan fizikal mahupun dari mentaliti kuno mengatakan silat mengajar ilmu khurafat...
tanpa ibubapa sedar, bahaya yang lebih dasyat adalah jika mereka menghadiahkan gajet2 online spt smartphone dan membiarkan anak2 berkurung didalam bilik...
*apakah yg mereka layari online?
*dengan siapa mereka berkawan secara online?
* Solat kah mereka didalam bilik?
* Membaca Al-Quran kah bersendirian dalam bilik?

Fikir2kan wahai ibubapa semua..

Tuesday, 14 January 2014

Lawatan Ziarah Ukhwah Ke Asrama Raudah Sempena Maulidur Rasul

Alhamdulillah, 

Siang tadi tadi Pengasas dan timbalan pengerusi Silat Seni Jati Warisan telah membuat lawatan ziarah ukhwah ke Asrama Ar-Raudah Gombak dan bertemu dengan Ayahanda Datuk Mokhtaruddin, pengasas Pondok Penyayang Raudah dan Perguruan Silat Pancang 12 sempena Maulidur Rasul..

Pertemuan singkat dengan bekas pelakon popular era 70an ini amat membuatkan kami berasa kerdil dalam perjuangan bangsa..

beliau membuka Pondok Penyayang Ar-Raudah utk anak-anak yatim serta sebagai rumah perlindungan utk ibu tunggal dan mereka yg sudah terlanjur..

kepada yang mahu menyumbang bolehlah menyalurkan bantuan kewangan ke akaun Maybank 564221610787 (Pertubuhan Penyayang Raudah) atau yg ingin menyampaikan sumbangan lain dan melawat Asrama Ar-Raudah boleh berhubung dgn Datuk Bismi (anak Datuk Mokhtaruddin) di talian 016 2469444

**Sumbangan bahan makanan mentah (beras, sardin dll) amatlah dialu2..





DIANTARA PERJANJIAN DAN PERJUANGAN


Kadang-kadang saya terpanggil untuk menjawab setiap persoalan yang sering dipersoalkan kepada saya mengenai aliran silat yang dibawa oleh Jati Warisan. Tetapi jika dilayan semua persoalan itu, maka tiada langkah pertama yang akan diambil oleh saya untuk menubuhkan pertubuhan ini. Peribadi saya mudah, pedulikan cakap-cakap orang yang negatif tetapi teruskan sahaja selagi niat kita itu ikhlas untuk perjuangan berpaksikan agama. Selagi ianya SILAT, kita adalah serupa tidak kiralah dari mana aliran itu datang. 
Pernahkah kita berfikir tentang masa depan generasi bangsa Melayu Islam?

Ya..mungkin kita sudah terlalu selesa dengan apa yang ada namun tidakkah kita gusar sesebuah tamadun itu boleh tumbang jika ROHANI anak-anak mudanya tidak diisi dengan ilmu-ilmu agama dan fizikal...


Jika 1000 persoalan dilemparkan kepada saya berkenaan tujuan penubuhan Jati Warisan, jawapan saya tetap satu..iaitu mendidik anak-anak generasi depan untuk menjadi seorang yang yakin,berani, tangkas, sihat, disiplin, cintakan agama, ibubapa,bangsa dan negara. Tiada apa yang perlu dibahaskan..tiada apa yang wajib didebatkan...Hari ini, mereka tetap sama..tetap menanti dan berharap Jati Warisan tumbang kegagalan..Namun, janji Allah itu pasti,setelah dua tahun meniti kepayahan, anak-anak Jati Warisan yang dulunya hanya 6 orang kini telah bertambah sehingga 40 orang. Kemudahan gelanggang seni warisan yang merupakan gelanggang pusat juga semakin maju dan membangun..Ayuh! Kita bersatu..elakkan persengketaan..Demi Agama, Bangsa dan Negara- Lela rentaka(Pengasas)




Friday, 3 January 2014

Kembara Warisan: Kembara Ala Merantau Warrior..

Baru-baru ini, Pengasas Silat Seni Jati Warisan telah melakukan kembara warisan menyusuri kembali perjalanan beliau dalam dunia persilatan..

Berkelana dengan hanya berbekalkan beg berisi pakaian dan wang saku, beliau memulakan perjalanan menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Ipoh..

Dari Ipoh, Pengasas telah menaiki bas ke Kuala Kangsar..

Di Bandar Di-Raja negeri Perak itu beliau telah berjalan kaki ke Bukit Chandan untuk ke Makan Daeng Sedili di Kampung Padang Changkat.




Daeng Sedili Pajung Luwuk adalah kerabat diraja Bugis yang datang ke Perak pada tahun 1740, beliau telah berkahwin dengan Sultan Muzzafar Shah III dan dilantik menjadi mufti negeri Perak yang pertama.

Daeng Sedili mendapat gelaran Maharaja Tan Lela Putera Pancung Tak Bertanya yang membolehkan beliau memancung sesiapa sahaja yang disabitkan dengan kesalahan membunuh.

setelah menziarahi makan Daeng Sedili, Pengasas meneruskan perjalanan beliau ke utara menaiki bas. sepanjang perjalanan itu, beliau berhenti di beberapa lagi tempat yang signifikan dan penting dalam membentuk beliau sebagaimana beliau hari ini..

alhamdulillah, selepas melakukan kembara warisan, pengasas menyatakan beliau lebih bersemangat dalam memperjuangkan silat dan menerajui Pertubuhan Silat Seni Jati Warisan..

Kembara ini bermatlamat untuk mengingatkan dan menaikkan semangat agar beliau kembali fokus. ini juga dapat menjauhkan persepsi masyakat yang sering mengkaitkan silat dengan perbuatan mistik dan kurafat..





Wednesday, 6 November 2013

Selingan: Pengasas Silat Seni Jati Warisan Yang Saya Kenali


Pengasas Silat Seni Jati Warisan
Kapten Hasrul Taufek Bin Roslan TUDM
Saya tak dapat hadir ke Majlis Penyampaian Bengkung Dan Selimpang Silat Seni Jati Warisan kerana urusan kerja yang memerlukan perhatian saya.. 

Sepatutnya saya menerima Selimpang Sang Saka Panglima Kanan oleh Pengasas tapi apakan daya, adat hidup di dunia ini kita merancang tapi Allah menentukan..
Pengasas juga berada di luar Lembah Klang sebelum majlis.. beliau menghadiri menyuarat di Ipoh dan bertolak pulang pada jumaat pagi ke Kota Damansara..
Bayangkan setelah penat menjalankan tanggungjawab di Ipoh, bergegas pulang ke Kota Damansara dengan hanya menaiki motorsikal.. tapi ditabahkan juga oleh beliau atas nama perjuangan katanya.. 

Perjalanan Pengasas ke Ipoh juga satu perjalanan yang saya kira agak mencabar.. saya mendapat pesanan Whatsapp beliau yang mengatakan motor beliau pancit sebelum Tanjung Malim dan terpaksa menolak motorsikalnya sejauh 8 Kilometer ke plaza tol yang terdekat dalam keadaan panas terik!!





pada khamis malam sebelum beliau pulang ke Kota Damansara, saya tanyakan adakah beliau mampu untuk menunggang pulang pada esoknya.. 
beliau menjawab dengan bersahaja "tak pe bro, ni perjuangan.."
kata-kata yang mudah, namun amat terkesan kepada saya.. 
Ya... Ini Perjuangan.. 
Perjuangan bukan untuk kita...tapi perjuangan demi Agama Bangsa Dan Tanah Air... 

Perjuangan yang ramai suka sebutkan tapi tak ramai yang sanggup melaksanakan... 
Perjuangan yang kadangkala menuntut pengorbanan yang besar.. 

Perjuangan yang ada kalanya tidak diendahkan... 

Terima Kasih kepada Pengasas Silat Seni Jati Warisan yang selama ini banyak memberi dan jarang kali menerima dari perjuangan ini...


Mohd Shukry Bin Roslan

Penulis adalah MasterTrainer bagi MindFocus Resources.
Juga merupakan Penceramah untuk Biro Tatanegara sejak 2004.
Aktif menyampaikan ceramah & motivasi kepada Organisasi Awam, korporat, NGO, Pertubuhan Belia &  Pelajar diseluruh negara.







Saturday, 2 November 2013

Majlis Penyampaian Bengkung dan Selimpang Silat Seni Jati Warisan

ALHAMDULILLAH.. 







 Majlis Penyampaian Bengkung & Selimpang Anugerah selesai dgn baik dan lancar pada 21 Zulhijjah 1434Hijrah bersamaan 26 Oktober 2013.

Majlis dirasmikan oleh wakil ADUN Kota Damansara, Sdr Nor Azri b Sulong,Pegawai Khas Strategik ADUN Kota Damansara

Majlis juga di serikan lagi dgn kehadiran tetamu-tetamu kehormat,
Pendita Prof Dr Azlan Ghanie,
Pendita Dr Mohd Azmi bin Ismail,
Sdr Firdaus mewakili Silat Rajawali,
Sdr Abd Manan, Pengerusi Persatuan Penduduk,
dan Ustaz Badri Mewakili AJK Surau Al-Sabahah Seksyen 7 Kota Damansara.










Penerima Selempang 
Wira Muda 7 orang
Wira Bintara 3 orang
Wira Jati 8 orang

Penerima Selempang Anugerah

Sang Saka Wira Perkasa 
Pendita Dr Mohd Azmi b Ismail

Sang Saka Panglima Kanan,
Tuan Guru A.Rahim Idris,
Sdr Mohd Hishamudin b Majid,
Sdr Azrul b Bakar,
Sdr Mohd Syahid b Ismail,
sdr Mohd Syamil b Jamil,

Srikandi Bonda Perguruan 
Pn Rubiah bt Abdullah

Srikandi Cempakasari
Pn Fathen Hamimah bt mohd azmi,
Pn Maimon bt Shahrin


Pendita Prof Dr Azlan Ghanie juga sudi memberikan tips dan teknik Senaman Tua beliau kepada kaum Ibu dari Pertubuhan Nur Harmoni Kota Damansara yang membantu menjayakan  majlis ini. Senaman warisan zaman berzaman ini telah terbukti secara saintifik mampu untuk mengembalikan kecergasan dan meningkatkan kecerdasan para pengamalnya..


Majlis Penyampaian Bengkung dan Selimpang ini juga telah berjaya mengembalikan budaya gotong-royong dan kerjasama masyarakat kampung kepada masyarakat di Seksyen 7 yang merupakan kawasan bandar yang sedang pesat membangun..





Terima Kasih Kami Ucapkan Kepada Semua Yang Terlibat Dalam Menjayakan Majlis ini..
Semoga Pertubuhan Silat Seni Jati Warisan akan lebih maju demi perjuangan Alif Baa dan Taa