Walaupun pertama kali bertanding, tetapi kelima-lima pesilat jati warisan ternyata tidak menghampakan malah muhd iqbal berjaya memenangi pingat perak iaitu pingat tunggal perguruan ini dalam kejohanan pra Sukses tahun ini.Kejayaan iqbal ini menjadi pendorong kepada pesilat jati warisan lain untuk meningkatkan usaha bagi meraih kejayaan dimasa depan. Kita telah buktikan, tanpa pengalaman juga boleh berjaya jika kita mempunyai keyakinan dan semangat yang tinggi.TAHNIAH!
Menyambung kesinambungan seni silat warisan bangsa Melayu. Membantu masyarakat kearah hidup yang sihat dan positif dengan mengikuti latihan silat. Memupuk perpaduan dikalangan ahli. Memupuk sifat mencintai Agama, Negara, Bangsa dan Ibubapa.
"Hari ini ibubapa melihat latihan silat sbg sesuatu yg kononnya merbahaya kpd anak2 dari segi keselamatan fizikal mahupun dari mentaliti kuno mengatakan silat mengajar ilmu khurafat...
tanpa ibubapa sedar, bahaya yang lebih dasyat adalah jika mereka menghadiahkan gajet2 online spt smartphone dan membiarkan anak2 berkurung didalam bilik...
*apakah yg mereka layari online?
*dengan siapa mereka berkawan secara online?
* Solat kah mereka didalam bilik?
* Membaca Al-Quran kah bersendirian dalam bilik?
Fikir2kan wahai ibubapa semua..
Sunday, 5 May 2013
PERTABALAN PENGASAS SILAT SENI JATI WARISAN SEBAGAI GURU PESAKA PETALING
27 Apr 13- Sempena kejohanan Pra SUKSES Daerah Petaling, satu majlis pertabalan guru-guru bagi PESAKA daerah Petaling telah diadakan. Majlis yang disempurnakan oleh YDP PESAKA Petaling turut dihadiri guru-guru tua dari pertubuhan silat lain. Hadirin telah dipersembahkan dengan persembahan silat daripada perguruan yang bertanding dan diantaranya adalah Silat Seni Jati Warisan. Pengasas Silat Seni Jati Warisan, Kapten Hasrul telah ditabalkan sebagai Guru PESAKA Daerah Petaling dan ini merupakan satu pengiktirafan yang amat berguna kepada perguruan ini dalam usaha mengembangkan lagi aktiviti dimasa depan.
"terima kasih kpd ibu, isteri Leeja Taufek , family, rakan2, ibubapa anak2 jati warisan, pesilat2 jati warisan, perguruan2 sahabat dan semua yg menyokong perjuangan saya ini..alhamdulillah, bermula sbg sebuah pertubuhan silat yg kerdil tahun lalu,kini jati warisan makin dikenali dan diterima dalam dunia persilatan..dengan pertabalan saya sebagai salah seorang guru yang diiktiraf oleh PESAKA DAERAH PETALING pada majlis yg sungguh simbolik mlm ini, saya berjanji akan terus berjuang mendidik anak2 bangsa untuk mencintai seni pusaka bangsa ini. Doa anda amat saya perlukan..saya berusaha memimpin utk melahirkan pemimpin masa dpn..pemimpin perlu lalui jln derita, korban masa, duit, masa dgn keluarga, masa lapang dan apa saja..tksh semua-pengasas
Monday, 29 April 2013
KEJOHANAN PENCAK SILAT PRA SUKSES DAERAH PETALING 26-28 APR 13
Pertama kali pesilat jati warisan masuk pertandingan Pra Sukses anjuran Persatuan Silat Kuntau Melayu dan Silat Rajawali bertempat di Kompleks NSX Ara Damansara. Jati Warisan telah mempertaruhkan 5 pesilat bagi acara silat olahraga dan pesilat ini semua tiada pengalaman sebelum ini. Namun atas semangat dan keyakinan diri yang tinggi, pesilat2 ini telah memberi tentangan yang hebat kpd peserta2 lain yang rata2 lebih berpengalaman. Antara perguruan yang terlibat adalah lincah,rajawali,kuntau dan gayong pancaindera. Majlis pertabalan guru2 PESAKA daerah Petaling turut diadakan dan pengasas jati warisan juga menerima anugerah tersebut. LAPORAN PERTANDINGAN: 1. ILMAN TEWAS TIPIS SUKU AKHIR 1-2 kpd pesilat rajawali dalam pertempuran yg amat menarik. 2. APIT TEWAS 0-3 kpd pesilat lincah dan telah memberi tentangan hebat walaupun lawannya lbh berpengalaman. 3. FAHIMIN MENANG GAME PERTAMA SECARA OTOMATIK KERANA lawannya dr rajawali telah melakukan kekasaran yg melampau,SEPARUH AKHIR TEWAS 0-3 kpd pesilat rajawali. 4. KIMI TEWAS 0-3 dalam separuh akhir..5. IQBAL MEMENANGI PINGAT PERAK..walaupun kali pertama bertanding, jati warisan tidak pulang dengan tangan kosong.
Sunday, 21 April 2013
Saturday, 20 April 2013
LOGO BARU SEMPENA PENDAFTARAN BARU DI BAWAH PENDAFTAR PERTUBUHAN
Alhamdulillah..setelah berdoa untuk diberikan ilham dalam menghasilkan logo baru sempena pendaftaran baru dibawah Pendaftar Pertubuhan Malaysia, saya telah berjaya menghasilkan logo yang lebih sempurna dan bermakna kepada pertubuhan ini. Jika sebelum ini harimau kumbang menjadi imej utama logo pertubuhan ini, namun kini saya telah diberi ilham untuk menukarnya sempena mengambil simbolik sejarah Islam iaitu imej bayangan burung ababil yang telah termaktub kisahnya didalam Al-Quran. Burung kecil yang membawa batu kecil berapi menggunakan paruh dan kakinya dalam menghancurkan Tentera Abrahah yang menentang agama Allah. Walaupun ianya burung, perguruan ini tidak menggunakan gerakan silat berasaskan gerakan burung, jangan salah faham kerana simbol ababil itu hanya sebagai simbolik. Mungkin ada yang bertanya kemana hilangnya 'Harimau Kumbang'? Harimau kumbang sentiasa wujud dalam diri pesilat-pesilat ini kerana semua gerakan persilatan adalah berkonsepkan harimau kumbang. Dengan adanya penerangan ringkas ini, diharap semua ahli dapat memahami perjuangan pertubuhan silat ini. Sebagai pengasas, saya hanya menzahirkan setiap ilham yang dipinjamkan oleh Allah kerana setiap saat kemungkinan segala ilham dan ilmu ini akan ditarik balik olehnya. Bersama kita berdoa agar pertubuhan ini sentiasa berjaya dalam usaha menyatupadukan bangsa seterusnya memartabatkan warisan pusaka bangsa.-Pengasas
Subscribe to:
Posts (Atom)


