SILAT SENI JATI WARISAN YANG BERKONSEPKAN SILAT UNTUK SEMUA,SILAT TIADA PERBEZAAN,SILAT PENCETUS KEDAMAIAN. LATIHAN YANG DITERAPKAN ADALAH MENGANDUNGI ELEMEN SUKAN SERTA KECERGASAN FIZIKAL DAN MENTAL YANG MELIBATKAN PERGERAKAN, SENAMAN,PERNAFASAN DAN MOTIVASI DIRI
"Hari ini ibubapa melihat latihan silat sbg sesuatu yg kononnya merbahaya kpd anak2 dari segi keselamatan fizikal mahupun dari mentaliti kuno mengatakan silat mengajar ilmu khurafat...
tanpa ibubapa sedar, bahaya yang lebih dasyat adalah jika mereka menghadiahkan gajet2 online spt smartphone dan membiarkan anak2 berkurung didalam bilik...
*apakah yg mereka layari online?
*dengan siapa mereka berkawan secara online?
* Solat kah mereka didalam bilik?
* Membaca Al-Quran kah bersendirian dalam bilik?

Fikir2kan wahai ibubapa semua..

Sunday, 5 May 2013

PERTABALAN PENGASAS SILAT SENI JATI WARISAN SEBAGAI GURU PESAKA PETALING


 27 Apr 13- Sempena kejohanan Pra SUKSES Daerah Petaling, satu majlis pertabalan guru-guru bagi PESAKA daerah Petaling telah diadakan. Majlis yang disempurnakan oleh YDP PESAKA Petaling turut dihadiri guru-guru tua dari pertubuhan silat lain. Hadirin telah dipersembahkan dengan persembahan silat daripada perguruan yang bertanding dan diantaranya adalah Silat Seni Jati Warisan. Pengasas Silat Seni Jati Warisan, Kapten Hasrul telah ditabalkan sebagai Guru PESAKA Daerah Petaling dan ini merupakan satu pengiktirafan yang amat berguna kepada perguruan ini dalam usaha mengembangkan lagi aktiviti dimasa depan.

"terima kasih kpd ibu, isteri Leeja Taufek , family, rakan2, ibubapa anak2 jati warisan, pesilat2 jati warisan, perguruan2 sahabat dan semua yg menyokong perjuangan saya ini..alhamdulillah, bermula sbg sebuah pertubuhan silat yg kerdil tahun lalu,kini jati warisan makin dikenali dan diterima dalam dunia persilatan..dengan pertabalan saya sebagai salah seorang guru yang diiktiraf oleh PESAKA DAERAH PETALING pada majlis yg sungguh simbolik mlm ini, saya berjanji akan terus berjuang mendidik anak2 bangsa untuk mencintai seni pusaka bangsa ini. Doa anda amat saya perlukan..saya berusaha memimpin utk melahirkan pemimpin masa dpn..pemimpin perlu lalui jln derita, korban masa, duit, masa dgn keluarga, masa lapang dan apa saja..tksh semua-pengasas



Monday, 29 April 2013

KEJOHANAN PENCAK SILAT PRA SUKSES DAERAH PETALING 26-28 APR 13

Pertama kali pesilat jati warisan masuk pertandingan Pra Sukses anjuran Persatuan Silat Kuntau Melayu dan Silat Rajawali bertempat di Kompleks NSX Ara Damansara. Jati Warisan telah mempertaruhkan 5 pesilat bagi acara silat olahraga dan pesilat ini semua tiada pengalaman sebelum ini. Namun atas semangat dan keyakinan diri yang tinggi, pesilat2 ini telah memberi tentangan yang hebat kpd peserta2 lain yang rata2 lebih berpengalaman. Antara perguruan yang terlibat adalah lincah,rajawali,kuntau dan gayong pancaindera. Majlis pertabalan guru2 PESAKA daerah Petaling turut diadakan dan pengasas jati warisan juga menerima anugerah tersebut. LAPORAN PERTANDINGAN: 1. ILMAN TEWAS TIPIS SUKU AKHIR 1-2 kpd pesilat rajawali dalam pertempuran yg amat menarik. 2. APIT TEWAS 0-3 kpd pesilat lincah dan telah memberi tentangan hebat walaupun lawannya lbh berpengalaman. 3. FAHIMIN MENANG GAME PERTAMA SECARA OTOMATIK KERANA lawannya dr rajawali telah melakukan kekasaran yg melampau,SEPARUH AKHIR TEWAS 0-3 kpd pesilat rajawali. 4. KIMI TEWAS 0-3 dalam separuh akhir..5. IQBAL MEMENANGI PINGAT PERAK..walaupun kali pertama bertanding, jati warisan tidak pulang dengan tangan kosong.

Saturday, 20 April 2013

LOGO BARU SEMPENA PENDAFTARAN BARU DI BAWAH PENDAFTAR PERTUBUHAN

Alhamdulillah..setelah berdoa untuk diberikan ilham dalam menghasilkan logo baru sempena pendaftaran baru dibawah Pendaftar Pertubuhan Malaysia, saya telah berjaya menghasilkan logo yang lebih sempurna dan bermakna kepada pertubuhan ini. Jika sebelum ini harimau kumbang menjadi imej utama logo pertubuhan ini, namun kini saya telah diberi ilham untuk menukarnya sempena mengambil simbolik sejarah Islam iaitu imej bayangan burung ababil yang telah termaktub kisahnya didalam Al-Quran. Burung kecil yang membawa batu kecil berapi menggunakan paruh dan kakinya dalam menghancurkan Tentera Abrahah yang menentang agama Allah. Walaupun ianya burung, perguruan ini tidak menggunakan gerakan silat berasaskan gerakan burung, jangan salah faham kerana simbol ababil itu hanya sebagai simbolik. Mungkin ada yang bertanya kemana hilangnya 'Harimau Kumbang'? Harimau kumbang sentiasa wujud dalam diri pesilat-pesilat ini kerana semua gerakan persilatan adalah berkonsepkan harimau kumbang. Dengan adanya penerangan ringkas ini, diharap semua ahli dapat memahami perjuangan pertubuhan silat ini. Sebagai pengasas, saya hanya menzahirkan setiap ilham yang dipinjamkan oleh Allah kerana setiap saat kemungkinan segala ilham dan ilmu ini akan ditarik balik olehnya. Bersama kita berdoa agar pertubuhan ini sentiasa berjaya dalam usaha menyatupadukan bangsa seterusnya memartabatkan warisan pusaka bangsa.-Pengasas

Tuesday, 19 February 2013

Silat: Menjejak Warisan Bangsa Di Bumi Mahsuri

Makam Purba Bercirikan Acheh yang di dakwa Makan Sebenar Mahsuri



Baru-baru ini, ketika saya dijemput mengendalikan Kursus Modul Kepimpinan SUKSIS UKM 2013 di Langkawi, saya berpeluang untuk melawat sebuah galeri di Ulu Melaka.
Agak mengejutkan kerana saya sering ke Langkawi atas urusan kerja tapi tak pernah tahu kewujudan galeri ini.


Galeri Warisan ini mengumpulkan senjata & barangan antik. malah dikatakan lembing yang mencabut nyawa Mahsuri disimpan disini.
juga ditempatkan di galeri ini keris sepanjang 7 kaki dan topi yang dikatakan digunakan oleh panglima-panglima Laksamana Cheng Ho ketika pelayarannya ke Tanah Melayu..


Galeri ini dikendalikan oleh Ahmad Yahya yang kini dh mencecah usia 78 tahun.
beliau mula mengumpul barangan antik sejak 60 tahun lalu & merupakan seorang tukang yang hebat. 


Bersama Tok Wan, Pemilik Galeri Warisan




Masuk ke galeri ini seolah-olah berada di dunia yang berbeza.

pengunjung akan dapat melihat hasil kreativiti Tok Wan Mat dari seni ukuran kayunya hinggalah kereta kancil yang diubahsuai menjadi buggy.



tak lengkap juga kunjungan ke galeri tersebut tanpa mendengar cerita dari orang lama mengenai sejarah langkawi & salah satu versi Mahsuri yang membawa ke penemuan Lembing Mahsuri..

Senjata yang dikatakan lembing yang membunuh Mahsuri
(sarung & hulu parang sengaja dibuat berbentuk  parang)