Silat merupakan salah satu sukan yang amat tinggi nilainya dan pengamalnya sahaja yang merasai kenikmati dan manfaatnya. Malah Islam menggalakkan umatnya bersukan sebagaimana hadis Rasulullah
s.a.w, Orang mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih Allah kasihi
daripada mukmin yang lemah.(riwayat Muslim). Selain daripada berkuda, memanah dan berenang, Rasulullah juga amat meminati sukan gusti yang melatih seseorang mukmin menjadi berani dan belajar teknik pertahanan diri. Baginda juga pernah bergusti dengan ahli gusti kafir Quraisy, Rukanah
bin Abu Yazid bin Hashim. Peristiwa itu berlaku bila mana Rasulullah
diminta membuktikan mukjizatnya. Syarat pertandingan itu ialah jika
Rasulullah menang, Rukamah akan memeluk Islam. Akhirnya, Rasulullah
memenangi pertandingan gusti yang diadakan tiga pusingan itu.
Dalam peristiwa lain, Rasulullah pernah berlumba lari dengan
isterinya, Saidatina Aishah. Semua ini membuktikan yang Islam
mengharuskan kita bersukan. Pepatah Arab juga menyebut ‘otak yang cerdas
datangnya dari badan yang sihat’.Terbukti, elemen-elemen dalam sukan yang diminati baginda juga terdapat didalam silat contohnya berlari dan belajar teknik beladiri. Dalam kita tidak sedar, kita telah mengamalkan salah satu sunnah Rasulullah tersebut.Semoga Allah memberi keberkatan diatas apa yang kita lakukan pada hari ini.
Menyambung kesinambungan seni silat warisan bangsa Melayu. Membantu masyarakat kearah hidup yang sihat dan positif dengan mengikuti latihan silat. Memupuk perpaduan dikalangan ahli. Memupuk sifat mencintai Agama, Negara, Bangsa dan Ibubapa.
"Hari ini ibubapa melihat latihan silat sbg sesuatu yg kononnya merbahaya kpd anak2 dari segi keselamatan fizikal mahupun dari mentaliti kuno mengatakan silat mengajar ilmu khurafat...
tanpa ibubapa sedar, bahaya yang lebih dasyat adalah jika mereka menghadiahkan gajet2 online spt smartphone dan membiarkan anak2 berkurung didalam bilik...
*apakah yg mereka layari online?
*dengan siapa mereka berkawan secara online?
* Solat kah mereka didalam bilik?
* Membaca Al-Quran kah bersendirian dalam bilik?
Fikir2kan wahai ibubapa semua..
Friday, 9 November 2012
Tuesday, 6 November 2012
GENERASI DEPAN TANGGUNGJAWAB KITA
MENAKUTKAN BUKAN! INILAH REALITI.....kami bukan insan yg hebat...kami hanya kumpulan pejuang yang ingin berusaha membantu menyelamatkan anak-anak generasi depan. Kita perlu bersama bersatu bagi memastikan generasi kita tidak lagi hanyut dengan gejala negatif..AYUH! BERSAMA! SEBARKAN MAKLUMAT TENTANG DUNIA SILAT...kerana aktiviti silat dapat mendidik anak-anak dari segi rohani dan fizikal..Silat mungkin menjadi salah satu kaedah yang dapat membantu membendung masalah gejala sosial pada masa kini....JOMMM SILAT!
Saturday, 3 November 2012
LATIHAN BERTERUSAN MEMANTAPKAN KEMAHIRAN
3 nov 12- Perjuangan utk anak2 bangsa agar mengenali apa itu adab seni warisan melayu....
latihan
mlm td yg ditunda ke pagi ni sebab hujan berjaya dilaksanakan.siap dpt
terung lagi..paling menyentuh hati dan memberi semangat utk berjuang
apabila ada bapa yg mengatakan anak telah berubah kearah lbh baik
setelah join silat..rajin solat, sabar
dan pandai menghormati org tua..alhamdulillah,inilah yg kami terapkan
dlm asas persilatan kerana tujuan kami mendidik dan melahirkan anak2
generasi dpn yg mencintai agama, menghormati ibubapa dan mempunyai
keyakinan diri. kenapa perlu pilih silat?jawapannya mudah, silat adalah
seni yang mendidik fizikal dan kerohanian..jika anda mahukan perubahan
dalam diri anak2, daftarkn dgn kami, insyaallah kami cuba sebaik
mungkin.tksh
Saturday, 6 October 2012
PERLANTIKAN AJK2 GELANGGANG...melatih wira2 muda memimpin gelanggang
Senarai AJK Gelanggang Seni Warisan:
Ketua Pesilat: Hafizi
Biro Pengurusan Keahlian: Faris
Biro Kewangan: Hakimi
Biro Disiplin: Fahimin
Biro Latihan: Hafeez
Biro Peralatan&Fasiliti : Iqbal
Selamat menjalankan tugas.Tahniah juga kpd ahli2 yg baru join..kita semakin berkembang,perlu bersatu dan sentiasa bekerjasama...
Ketua Pesilat: Hafizi
Biro Pengurusan Keahlian: Faris
Biro Kewangan: Hakimi
Biro Disiplin: Fahimin
Biro Latihan: Hafeez
Biro Peralatan&Fasiliti : Iqbal
Selamat menjalankan tugas.Tahniah juga kpd ahli2 yg baru join..kita semakin berkembang,perlu bersatu dan sentiasa bekerjasama...
Subscribe to:
Posts (Atom)







